Ya Kadang Kadang Ada Perempuan Terpaksa Share Bilik Dengan Lelaki. Gadis Ini Dedahkah Life Kerja Offshore Yang Buat Lelaki Terdiam

0
152

Jika sebut sahaja kerja offshore, pasti kita terbayang gaji lebat belas atau puluh ribu sebulan. Cuma jarang kita dengar orang perempuan kerja offshore. Kalau ada pun, mesti timbul persoalan, macam mana mereka boleh survive dalam kalangan lelaki yang ramai itu? Juhanis Johari, kongsi pengalaman kerjanya sebagai ‘Perempuan Offshore’.

Sebelum ini dah ramai dah oil and gas worker kongsi pengalaman kerja mereka sejak filem Deepwater Horizon ditayangkan. Alhamdulillah, dah ramai yang sedar betapa sukar dan bahayanya hidup pekerja offshore yang dikatakan dapat gaji besar yang sudah tidak seberapa sekarang sebab harga minyak yang tidak stabil.

Sebelum ini, ada seorang wanita yang terkejut apabila saya kata yang saya pernah kerja offshore. Saya lagi terperanjat sebab saya ingat semua orang sudah biasa bila cakap perempuan pergi offshore. Tetapi respon wanita ini lain.

” Berani betul awak kerja offshore. Bukan orang kata pergaulan bebas ke di sana?” soalnya.

Terkedu saya dengar soalan dia. Rupa-rupanya ada lagi yang tidak tahu bagaimana kehidupan perempuan offshore.

Sebenarnya saya kerja offshore dah hampir empat tahun. Dari tahun 2012 sehinggalah sekarang. Di drilling rig (pelantar minyak), selalunya adalah dalam 100-150 orang, bergantung pada sesebuah pelantar besar mana. Dan dalam 100 orang ini selalunya ada 1-6 orang sahaja perempuan.

Ya! Perempuan memang always the minority.

Tapi perempuan selalunya dapat bilik sendiri. Sama ada perempuan akan masuk bilik perseorangan atau kalau berkongsi pun, berkongsi sesama perempuan sahaja. Tetapi diakui, kadang-kadang ada perempuan yang terpaksa share bilik dengan lelaki, bila ada isu POB (People on Board).

Dan isu POB ini memang berlaku apbila ada seorang sahaja perempuan duduk dalam bilik yang ada dua katil. Selepas itu, yang datang rig itu pula semua lelaki. Katil pula tak cukup, jadi nak tak nak terpaksalah seorang lelaki masuk dalam bilik tersebut. Memang tak bestlah kalau kena.

Namun ini jarang berlaku dan kalau ada pun, syif lain-lain. Jadi, perempuan tak tidur dalam masa yang sama dengan lelaki itu. Bila lelaki itu tengah kerja, perempuan itu pula tidur dan sebaliknya. Tetapi memang tak boleh masuk biliklah untuk solat ke apa pada masa kerja. Alhamdulillah selama aku bekerja, tak pernah lagi berkongsi bilik dengan lelaki ajnabi.

Pasal kena ngorat, kacau itu memang biasalah. Kena pandai, jangan dilayan sangat tetapi jangan pula terlalu sombong. Kalau layan sangat, bahaya. Nanti dia ingat kita betul-betul suka pada dia. Selepas itu, dah balik cuti pun kacau-kacau lagi.

Walaupun tak bagi nombor, tetapi sekarang teknologi dah maju. Facebook, Instagram, nombor telefon memang boleh cari celah gigi. Habis dah ada stalker dalam hidup. Kalau sombong sangat, nanti mereka berdendam pula. Sampai kadang-kadang nak minta tolong, mereka langsung tidak layan kita.

Bagaimana pula s3xual abuse? Ya. memang ada. Kadang-kadang s3xual abuse itu tak semestinya yang meraba-raba dan sentuh. Dengan word atau action dari jauh pun boleh dikira s3xual abuse. Kalau kena, terus saja laporkan pada orang atasan. Mereka akan ambil tindakan serius dan suspek memang akan terus kena run-off (halau) dari rig tersebut. Tetapi kita kadang-kadang malas nak besarkan ceirta. Kalau setakat mereka sakat “Jom jadi isteri kedua abang,”, pekakkan saja telinga.

Meskipun bilik perempuan tetapi yang tolong mengemas bilik adalah lelaki. Ya, di rig memang ada pekerja dipanggil roomboy yang khas untuk mengemas bilik. Itu yang syok, tetapi yang tak syoknya, yang mengemas itu lelaki. Sebab dalam bilik perempuan tentulah banyak barang perempuan kan. Selalunya sebelum keluar dari bilik kerja syif, memang soroklah semua barang-barang personal. Malu gila kalau mereka terjumpa.

Sementara itu paling menyampah sekali bila ada fire drill (latihan kebakaran) di mana semua individu kena pergi muster station (tempat berkumpul). Tak kisahlah kamu tengah tidur ke, tengah kerja ke. Paling haru masa tengah tidurlah. Sudahlah tengah sedap tidur, tiba-tiba alarm bising. Baru bangun nak pakai tudung, dah ada orang lelaki terjah suruh keluar cepat. Adeh! Kadang-kadang itu tahu akan ada fire drill, nak tidur pun bertudung sebab takut orang terjah begitu saja.

Dan akhir sekali tentang pergaulan bebas, itu saya rasa tak adalah. Setakat makan bersama-sama beramai-ramai, lepak di helideck ke dan kerja sama-sama. Orang perempuan yang kena pergi offshore memang kena pandai membawa diri. Itu yang penting.