Wanita Ini Alami Detik Cemas Ketika Buat Live Review Di Instagram

0
55

Pada zaman sekarang ini masih wujudkah rasuk? Kita sebagai umat Islam harus percaya selain manusia sebagai ciptaan tuhan, jin dan syaitan juga ciptaan Tuhan yakni Allah SWT.

Jin dan Syaitan akan berusaha untuk menganggu umat Nabi Adam dan motif mereka adalah untuk menyesatkan kita seluruh umat.

Kena Rasuk Ketika LIVE Instagram?

Baru baru ini seorang gadis membuat LIVE di laman sosial Instagram. Gadis tersebut bernama Nesa Idrus ( nama panggilan di dalam Twitter ). Ketika dia sedang LIVE, rakan wanita dia berada di belakang dan sedang mendengar sesuatu.

Viral di media sosial penampakan kelibat lembaga hitam yang muncul dalam video live seorang wanita yang sedang dipercayai sedang membuat review produk kosmetik, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Video itu bertambah menakutkan apabila rakannya secara tiba-tiba dan menjerit seperti dirasuk benda halus.

Berdasarkan video berdurasi 2 minit 20 saat itu Nesa Idrus, terdahulu terkejut mendengar bunyi berdengus yang menyeramkan dan bertanya kepada rakannya, namun tiada jawapan.

“Apa tu dowh? Scary gila!” katanya dan kembali menyambung video livenya.

Netizen yang sedang melihat LIVE Nesa ini rasa seram kerana mereka mendengar sesuatu yang pelik dimainkan oleh rakan Nesa.

Ia bukan lagu tetapi seperti sebuah mantera yang dibaca.

Wanita ini tidak endahkan semua itu dan teruskan LIVE Instagram tetapi sesuatu terjadi yang memang tidak disangka. Secara tiba lampu dalam bilik tersebut terpadam sekejap dan pintu tandas ditutup seperti dihempas.

Sebelum pintu ditutup kelihatan seperti kelibat hitam keluar dari tandas tersebut.

Kelihatan rakan Nesa yang dipanggil Mya tiba tiba tunduk hingga tidak menampakkan muka. Nesa sangkakan ini hanyalah gurauan kerana mereka memang berlakon teater tetapi di saat dia menegur rakannya Mya, muka rakan dia berubah dan secara tiba tiba dia menjerit kuat.

Namun pada minit ke 1.11, lampu di kediaman mereka tiba-tiba berkelip dan kelihatan kelibat lembaga hitam lalu di belakang Nesa. Dalam masa yang sama, rakannya terus tunduk dipercayai telah dirasuk.

Ini kenyataan dari Nesa sendiri yang dimuatnaik di Twitter beliau.

Mereka tinggal berdua di dalam rumah yang agak besar ketika itu

Ketika itu Nesa sedang buat assignment dan keadaan menjadi panik sekejap

Bila member kena rasuk dan apa kita nak buat tak tahu

Video Penuh

Tidak dapat dipastikan samada benar Mya dirasuuk atau tidak atau ini semua sekadar lakonan. Kesudahan apa terjadi selepas itu juga tidak dapat dipastikan. Bagaimana Mya sedar dari kena rasuk? Banyak persoalan yang bermain di fikiran.

Apa yang penting, kita harus ingat bahawa Jin dan Syaitan sememangnya wujud. Kuatkan pendinding kita dengan dekat kan diri dengan Allah SWT. Insyallah, semua akan dipermudahkan dan diri kita akan dilindungi dari gangguatn.,