[Video] Tun M Bersuara ‘Pertahankan’ DR. Ganja. Akhirnya

0
265

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat kerajaan patut menyemak semula kes seorang lelaki yang dijatuhi hukuman mati kerana memiliki, memproses dan mengedarkan ganja untuk tujuan perubatan.

“Saya rasa kita patut semak semula,” katanya ketika diminta mengulas hukuman mati terhadap seorang lelaki 29 tahun, Muhammad Lukman Mohamad.

Pandangan Mahathir itu senada dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang mahu menulis rayuan terhadap Peguam Negara Thommy Thomas bagi mendapatkan pengampunan berdasarkan merit kes itu.

Nurul berhujah, ganja semakin diterima di banyak negara sebagai tumbuhan yang mempunyai banyak faedah, terutamanya dalam rawatan pelbagai penyakit kronik.

Beliau juga berpendapat sudah tiba masanya untuk menyemak semula definisi apa yang membezakan seseorang individu, pengedar, penagih atau pesakit yang memerlukan ganja untuk rawatan.

Pada 30 Ogos lalu, Lukman dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas ditahan memiliki 3.1 liter minyak ganja, 279 gram ganja mampat dan 1.4kg bahan mengandungi tetrahydrocan nabinol (THC).

Kes itu menjadi tular kerana Lukman memberikan rawatan alternatif itu kepada tidak kurang daripada 800 pesakit.

Malah, pihak yang pernah mendapatkan khidmatnya tampil membelanya di mahkamah.

Kebanyakan negara maju kini lebih terbuka dengan penggunaan ganja terutamanya untuk tujuan perubatan.

Sebelum Itu Nurul Izzah Akan Cuba Buat Rayuan Bagi Pesalah Ganja Yang Akan Dihukum Gantung

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar akan menulis rayuan kepada Peguam Negara, Thommy Thomas berhubung kes seorang lelaki dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana memiliki, memproses dan mengedarkan ganja yang diproses untuk tujuan perubatan.

Nurul Izzah berkata, beliau secara peribadi akan menulis rayuan untuk mendapatkan pengampunan terhadap lelaki itu, Muhammad Lukman Mohamad, berdasarkan merit pada kes berkenaan.

“Ganja menjadi semakin diterima ramai di banyak negara sebagai tumbuhan yang mempunyai banyak faedah, terutamanya rawatan pelbagai penyakit kronik.

“Sudah tiba masanya untuk mengkaji definisi apa yang membezakan seseorang individu, pengedar, penagih atau pesakit yang memerlukan ganja untuk rawatan,” katanya dipetik dalam temubualnya bersama portal The Star Online.

Kes Muhammad Lukman menjadi tular di laman sosial baru-baru ini dan mendapat perhatian netizen kerana dia menggunakan ganja yang diolah dalam bentuk cecair (minyak) untuk bagi tujuan perubatan.

Berdasarkan laporan The Star Online, Muhammad Lukman telah memberi rawatan alternatif itu kepada tidak kurang daripada 800 pesakit.

Sepanjang perbicaraan kes itu, peguamnya, Farhan Maaruf telah membawa saksi-saksi yang pernah mendapatkan khidmat perubatan minyak ganja daripadanya.

Di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, individu yang ditangkap memiliki 200 gram atau lebih ganja, akan dituduh di bawah pengedaran dadah yang membawa hukuman mati.

Bagaimanapun, di kebanyakan negara maju, trend ‘menghalalkan’ ganja sudah dimulakan terutamanya untuk tujuan perubatan.

Loading...