Video Lawak YB Mat Sabu Jawab Soalan Habis Semua Gelak

0
613

Sejak bergelar Menteri Pertahanan, populariti YB Mohamad Sabu telah melonjak mendadak ibarat artis yang baru menang Gegar Vaganza. Seperti goreng pisang panas, ada sahaja jemputan dari pihak media yang ingin menemubual beliau.

Beliau atau lebih mesra dengan panggilan bang Mat Sabu sebelum ini tidaklah diberikan perhatian yang meluas oleh wartawan biarpun terkenal sebagai ahli politik yang penuh kontroversi.

Namun sejak menang pada pilihanraya umum dan menjawat jawatan Menteri Pertahanan Malaysia, populariti beliau meningkat serta merta. Apa yang menarik beliau kini sudah memiliki akaun Twitter, walaupun tidak pernah ada sebelum ini. Bunyi seakan lucu, tapi itu lah hakikatnya.

Terkini, YB Mat Sabu telah menerima undangan stesen radio popular, Hotfm bagi segmen pagi yang dihoskan oleh Syuk, Ajak dan Fizi. Melihat kepada video tersebut ternyata YB Mat Sabu sangat sporting menjawab setiap soalan. Malah beliau seperti biasa tidak lekang dengan senyuman ikhlas yang menyenangkan orang sekeliling beliau.

Jawapan beliau bukan sahaja bersahaja tapi penuh unsur humor dan jenaka..sememangnya itu yang dinantikan para pendengar. Kena pulak dengan hos yang kepala giler-giler memang tak kering gusi dibuatnya.

Segelintir netizen telah memberi komen yang murni kepada YB Mat Sabu. ” Belakang ada bodyguard…terbaekk bang matt” komen seorang bernama Azmin Sharin.

SUMBER : Lubok Viral

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here