Umno patut singkir Najib Razak, kata MP, Tapi jawapan Tengku Razaleigh Mengejutkan Semua Ahli UMNO!

0
390

KUALA LUMPUR: Tiada sebab untuk menyingkirkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari UMNO.

Itu yang ditegaskan ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika ditanya jika beliau mempunyai perancangan tersebut seandainya terpilih sebagai Presiden UMNO.
“Mengapa saya perlu pecat beliau? Melainkan jika sudah terbukti ada kesalahan besar yang dilakukan,” kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media untuk mengumumkan keputusan bertanding jawatan presiden UMNO di kediamannya, hari ini.

Tengku Razaleigh akan berhadapan dengan pemangku Presiden UMNO, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pemilihan UMNO, 30 Jun ini.

Beliau juga meluahkan keyakinan dengan kemampuannya mengembalikan kredibiliti UMNO serta membawa transformasi yang diharapkan.

“Datuk Seri Zahid ada kelebihan tersendiri, tetapi saya juga yakin dengan kemampuan saya. Rakyat mahukan perubahan dan kita perlu berikannya kepada mereka,” katanya.

Umno patut singkir Najib Razak, kata MP

Memandangkan pemilihan Umno bakal berlangsung pada 23 Jun 2018 ini, maka Umno patut menyingkirkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan beliau terlibat dalam skandal 1MDB dan secara umumnya menyebarkan politik “toksik”, kata Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

“Siapa yang akan menjadi pemimpin Umno pertama yang berani menyuarakan apa (yang terbuku) di kalangan semua rakyat Malaysia, bahawa sebenarnya semua anggota Umno patriotik, justeru Najib mesti disingkirkan daripada Umno/ BN … jika tidak Umno/ BN yang dipersalahkan akibat dua warisan toksik Najib itu,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mengulas perutusan Hari Raya Najib bekas berdana menteri itu yang mencadangkan persaingan politik sihat dan mengajak rakyat membuka lembaran baru serta melupakan kisah lampau kerana pilihan raya umum telah berakhir dengan menyoal sama ada Najib berpendapat pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hanyalah sekadar permainan yang boleh diulang semula.

Normal selepas keramaian

“Apakah Najib berfikir PRU4 adalah seperti berkelah, dengan semuanya kembali normal selepas kesibukan keramaian dan hiruk-pikuk,” kata Lim.

Beliau juga mempersoalkan jika Najib menjangkakan rakyat Malaysia semudahnya melupakan politik “yang membakar (semangat), provokatif dan toksik” yang ditonjolkan pemimpin Umno, khususnya pada perhimpunan agung Umno lepas pada Disember tahun lalu.

Memetik Najib sebagai contoh, beliau berkata bekas presiden Umno itu telah menggunakan “pembohongan tidak berasas” menyatakan DAP anti-Melayu dan Islam kerana parti itu mahukan sebuah negara sekular.
Najib telah meletak jawatan sebagai presiden Umno dan BN pada 12 Mei, tiga hari selepas kekalahan mengejutkan BN dalam PRU14.

Pemilihan Umno bermula pada 23 Jun menyaksikan sesiapa yang dipilih sebagai pimpinan baru Umno dijangka merangka hala tuju baru untuk parti itu, yang dilihat sedang berada dalam dilema.

Sementara itu, kerajaan baru telah memulakan siasatan ke Najib terhadap dakwaan beliau terlibat dalam penyelewengan dana daripada 1MDB.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam perkara ini.

Sebelum ini Ku Li MEMINTA Najib Razak perlu jawab segala spekulasi.

DISEDIAKAN OLEH : DIYANA