“Tutup Aurat Sempurna Tapi Ilmu Kosong!” – Kecewa Dengan Kritikan Netizen, Ruhainies Balas Komen di Twitter

0
34

Beberapa hari lalu, Ruhainies tular kisah tentang kekasih kepada pelakon Ruhainies yang dikenali sebagai Mr. E membacakan surah Yasin baginya setiap hari ketika Ruhainies jatuh sakit.

Namun, setelah tularnya kisah tersebut Ruhainies telah dikecam teruk oleh segelintir netizen sehinggakan ada yang menyerangnya secara peribadi di laman Twitter beliau.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26, berkata ada individu yang meninggalkan komen mengatakan bahawa bacaan surah Yasin itu hanya untuk orang yang sudah meninggal dunia.

Lantaran kata-kata yang mengecam tindakan kekasihnya itu, Ruhainies tampil membidas netizen semula dengan mengatakan bahawa ramai yang bertudung tapi masih kurang didikan agama.

“Saya terbaca beberapa komen yang mempersoalkan kenapa kekasih saya baca surah Yasin, saya dah nak mati ke. Sampaikan benda baik pun dibuat main-main dan dijadikan bahan lawak serta kutuk. Jadi dari situ kita tahu betapa nazak manusia macam ni. Tak semua tapi segelintir. Kurangnya agama, mereka ingat baca surah itu hanya untuk orang nak mati atau orang sudah meninggal dunia. Sedih apabila tengok ramai yang masih kurang didikan agama. Mereka fikir dengan menutup aurat dah sempurna, tapi ilmu kosong

“Nak ukur iman seseorang itu bukan melalui pemakaian atau luaran. Bagi saya dah bersyukur sekurang-kurangnya ada orang bacakan Yasin untuk saya masa hidup walaupun dalam keadaan kurang sihat.  Tak kan mati baru nak baca kan. Yasin ni bukan dibaca untuk orang sudah tiada saja. Nabi Muhammad s.a.w pun baca Yasin setiap pagi untuk melancarkan harinya. Saya malas nak komen kat netizen yang hati kotor sebab bagi mereka apa yang kita jawab semua mereka ada jawapan. Bila sentuh bab agama ni sangat sensitif. Jangan fikir orang tak bertudung tu kurang agama dari yang menutup aurat. Semua itu bukan ukuran. Yang menjadi ukuran antara dia dengan Allah”

Ujar pelakon yang lebih senang dipanggil Anies ini dalam sebuah temu bual bersama sebuah portal online baru-baru ini.

SUMBER : Twitter Ruhainies