Tumbang Ketika Kawad Dan Dibiarkan Sahaja. Netizen Mula Mempersoalkan Tiada Yang Menolong?

0
64

Tumbang ketika kawad tetapi kenapa tiada siapa yang datang tolong? Kes ini bukan pertama kali terjadi, bagi orang awam memang nampak pelik sebab jarang jarang lihat pembarisan atau kawad. Pernah terjadi satu kes pada tahun 2017 dan pada baru baru ini terjadi lagi.

“Kenapa Tak Tolong?”

Coretan ini diambil ketika kejadian tumbang pada 2017.

“Itu la dikatakan rejimental, disiplin dan mental kena kuat. Kenapa saya cakap macam tu? Saya pun selalu buat perbarisan atas padang kawad. Kerana saya seorang tentera. Memang bagi orang awam benda macam ni pelik.

KENAPA TAK TOLONG??

Yang lain berdiri dan tengok je. Sebab kenapa ye.? Apabila seseorang polis, tentera, ataupun mana2 badan beruniform, disiplin kena tinggi, mental kena kuat.

Berdiri di padang kawad tak kira la kawad panji2 atau pon kawad istiadat bila sesorang tu jatuh anggota medik akan masok dan mengangkat anggota yang tumbang tu keluar dari perbarisan.

Memang la kerjasama diperlukn. Memang la protolkol diperlukn. Jangan main cakap je sebarangan. Kerana anda semua tak merasai apa yang kami lalui. Anda boleh la duduk dalam pejabat atau duduk menonton je lepas tu.

Bila keburukan orang sikit mula nk dihebohkan. Memang disiplin diperlukan dan kekuatan mental diperlukn bagi anggota polis dan tentera. Sebab kenapa.? Apabila peperangan berlaku kami boleh bertindak dengan satu arahan je.

Jadi segala tomahan dari netizen harap ditarik balik. Mereka bukan tidak mahu menolong tetapi mereka ada protokol untuk kejadian seperti ini. Jika dilihat video penuh anda akan nampak para medik datang untuk membantu tetapi pada yang masih berdiri, upacara harus diteruskan tanpa apa apa gangguan.