Tragedi Malam Merdeka, Bayi 1 Tahun 9 Bulan Yang Didukung Ayah Maut Digilis Kereta Ibu Yang Mengundur Secara Tiba-Tiba

0
847

Kota Bharu : Malang tidak berbau itu lah yang dapat diungkapkan oleh pasangan suami isteri ini apabila anak mereka berusia 1 tahun 9 bulan maut bila kereta dipandu ibu nya sendiri hilang kawalan ketika mengundur lalu merempuh suami yang mendukung anak nya yang menyebabkan bayi mereka terjatuh lalu digilis kereta terbabit.

Dalam kejadian tengah malam tadi di hadapan Restoren Horizon Garden Batu 4 Kota Bharu keluarga berkenaan baru keluar dari Restoren berkenaan selepas menyambut hari jadi salah seorang ahli keluarga mereka, apa yang berlaku mengudang pilu orang ramai yang berada ditempat kejadian.

Mengikut saksi ibu mangsa yang memandu kereta jenis Proton Iriz manakala suami nya mendukung bayi kecil mereka namun semasa mengundur kereta terbabit dia mungkin tertekan pedal minyak kereta jenis Auto tersebut tanpa menyedari suami dan anak nya berada dibelakang kenderan tersebut.

Bayi tersebut dikatakan meninggal ditempat kejadian manakala suami mangsa tidak dapat dipastikan mengalami kecederaan atau tidak, suasana sana pilu ditempat kejadian apabila jasad sikecil tersebut ditutup menggunakan surat khabar ditempat kejadian sebelum pihak hospital tiba.

Punca sebenar kejadian dan identiti keluarga terbabit kini sisiasat oleh pihak berwajib, semoga keluarga ini tabah bayi mereka pergi dimalam ketika kita menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 61 dan malam jumaat yang mulia semoga roh anak syurga ini tenang disana. Al fatihah.

SUMBER : Coretan Media