Tommy Thomas Tarik Diri Kes Najib, 1MDB

0
604

KUALA LUMPUR, 19 Zulhijjah 1439H, Jumaat – Tommy Thomas hari ini menarik diri daripada menjadi ketua pasukan pendakwaan dalam kes menentang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau berkata, perkara itu diputuskan berikutan komitmen yang terlalu berat sebagai Peguam Negara dan juga pendakwa raya, selain pelbagai tuntutan lain selaku pegawai undang-undang utama dalam kerajaan.

Bagaimanapun katanya, beliau telah melantik pengganti iaitu peguam, Datuk Sulaiman Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan berkenaan.

Manakala, Datuk Seri Gopal Sri Ram pula dilantik sebagai timbalan pendakwa raya kanan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah.

“Sulaiman merupakan salah seorang peguam terkemuka negara yang berpengalaman luas dalam undang-undang jenayah termasuk jenayah kolar putih.

“Kemahirannya tiada tolok bandingnya dan kebijaksanaannya tiada saingannya. Sulaiman berintegriti tinggi dan sesungguhnya merupakan seorang peguam yang berprinsip,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here