Tiga Adik-Beradik Dari Filipina Ini Berjaya Mencipta Lampu Menggunakan Air Dan Garam Bagi Membantu Penduduk Miskin Di Kawasan Itu

0
219

Kini, masalah ketersampaian bekalan elektrik terutama dalam kawasan pedalaman mampu diatasi dengan adanya penciptaan daripada adik-beradik dari Filipina ini. Penciptaan ini merupakan buah fikiran Aisa Mijeno yang merupakan seorang jurutera komputer dan abangnya Ralph Mijeno dan Oscar Bryan Magtibay.

Mereka telah mencipta lampu yang dijana daripada satu gelas air dan 2 sudu garam yang mampu bertahan selama 8 jam. Malah, air laut juga boleh digunakan untuk menyalakan lampu tersebut.

“Lampu garam” tersebut tidak mempunyai bahagian yang boleh memulakan pembakaran jadi ia merupakan alternatif terbaik untuk menggantikan lampu minyak tanah yang sering digunakan di Filipina.

Malah, lampu ini juga mesra alam sekitar kerana ia tidak membebaskan gas berbahaya. Anda juga boleh mengecaj telefon anda menggunakan soket USB yang disediakan.

SUMBER : Era Baru

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express