TIDAK MELATAH DEK KECAMAN, SEDIA JADI ‘PELAPIS’ PERJUANGAN AYAH”. LUAHAN AMIN DANIEL, ANAK SULUNG DS JAMAL YUNOS

0
347

GLAM Lelaki: Boleh anda kongsikan tentang latar belakang anda?

AMIN DANIEL: Baiklah, terima kasih kepada pihak GLAM Lelaki kerana sudi menemubual saya. Nama saya Muhammad Amin Danial Bin Jamal. Berusia 18 tahun dan mempunyai seorang adik berusia 6 tahun bernama Muhammad Addyka Danial Bin Jamal. Hobi saya bermain bola sepak. Apa yang menarik tentang diri saya, saya ialah seorang yang sangat menjaga imej dan penampilan diri saya dimana saya anggap ia sebagai satu semangat untuk saya menjalani hari-hari saya dengan lebih keyakinan. Saya kini secara serius sedang menjalankan perniagaan sebuh butik tudung ekslusif AD Scravess yang terletak di Ampang. Disamping itu juga saya membuat kerja sambilan sebagai seorang model dan terikat secara kontrak sebagai duta satu produk Malaysia iaitu Stoned & Co.

GLAM Lelaki: Jika sebelum ini anda kurang / belum dikenali, tetapi selepas isu penahanan Dato Seri Jamal Md Yunos, anda mulai nenjadi perhatian terutama sekali di kalangan netizen (serta gadis-gadis) apatah lagi selepas penyebaran gambar anda bersama ayah di mahkamah tular. Adakah anda menjangkakan impak ini?

AMIN DANIEL: Saya tidak pernah terfikir atau melibatkan kedudukan ayah untuk saya mengetengahkan diri di khalayak ramai khususnya media sosial. Walaupun saya menjadikan ayah sebagai ‘role model’ dan berniat untuk mengikut jejaknya dalam bidang perniagaan, itu tidak bermakna saya mengambil jalan mudah untuk mempopularkan diri. Namun jika natizen beranggapan demikian, saya menganggap ia sebagai satu impak positif dan ‘bonus’ untuk diri secara tidak langsung.

GLAM Lelaki: How do you handle the pressure being DS Jamal’s son.

AMIN DANIEL: Menghadapi dan memahami situasi semasa ayah saya yang tidak henti menerima kecaman negetif natizen di media sosial, saya tetap dengan pendirian untuk berdiri sebagai ‘pelapis’ beliau dalam memperjuangkan parti dan hak-hak orang Melayu. Segala kecaman negetif atau cakap-cakap kosong ini tidak sesekali mematahkan semangat saya.

GLAM Lelaki: Anda juga dilihat sebagai salah seorang anak yang bertanggungjawab, sentiasa berada di sisi ayahnya walau dalam apa jua situasi. Mungkin anda boleh kongsikan pengalaman sepanjang menjadi anak DS Jamal Yunos. Pengalaman manis bersama ayah dan why a son should stick up to his father no matter what?

AMIN DANIEL: Sebagai anak kepada DS Jamal, saya tidak akan sesekali tinggal atau lari dari perjuangan ayah, malah saya akan sentiasa mendukung semangat politik beliau. Menjadi satu tanggungjawab untuk saya sentiasa di samping ayah dan keluarga dalam apa jua keadaan dan situasi. Tidak semua manusia sempurna, namun sekiranya keberadaan saya yang selalu disisi ayah dianggap sebagai anak yang baik, alhamdulillah, saya zahirkan rasa syukur dan terima kasih.

GLAM Lelaki: Boleh anda kongsikan keistimewaan ayah anda yang tidak semua tahu, dan apa agaknya sikap yang diwarisi Amin?

AMIN DANIEL: Beliau seorang yang kuat bekerja dan sangat tegas dalam menjalankan apa sahaja perniagaan selain dari berjiwa kental dalam politik. Beliau mempunyai pelbagai idea-idea di luar jangkaan dan luar kotak pemikiran dalam menghasilkan sesuatu perkara. Saya amat-amat mengagumi daya pemikiran ayah saya yang kebanyakkannya sentiasa mendapat perhatian umum. Jika anda lihat apa yang baik pada diri saya kini adalah kerana hasil didikan ayah saya dan saya mahu menjadi lebih dari itu.

GLAM Lelaki: Amin juga dilihat sering kali menjaga penampilan. Boleh kongsikan tip fesyen dan kecergasan yang diamalkan?

AMIN DANIEL: Soal penampilan diri, saya minat dan sangat mencemburui Cristiano Ronaldo. Sejujurnya, saya mengidolakan beliau. Gaya dan stail nya. Penjagaan penampilan bagi saya sangat penting untuk memberi keyakinan dalam setiap urusan harian saya. Saya juga mengamalkan senaman setiap pagi dengan melakukan riadah ‘jongging’ di Tasik Ampang dan sebelah malam saya sering melibatkan diri bermain futsal dengan rakan-rakan.

GLAM Lelaki: Sekiranya anda ditawarkan untuk berlakon, adakah anda sudi menimbangkannya?

AMIN DANIEL: Saya tidak menolak sekiranya ada tawaran berlakon. Bagaimanapun, bergantung kepada masa dan situasi saya.

GLAM Lelaki: Kata-kata terakhir buat semua yang mengikuti perkembangan anda.

AMIN DANIEL: Buat semua yang mengikuti perkembangan saya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana selalu memberi sokongan positif kepada saya. Walaupun sedikit sebanyak keluarga saya kini sedang menjadi perhatian umum dan juga kecaman natizen terhadap ayah saya, InsyaAllah ia tidak akan melemahkan semangat saya untuk terus mengorak langkah dalam mencipta dan mencorak masa depan saya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak anda semua memberi sokongan kepada perniagaan baharu saya kini. Jemput datang ke Butik Tudung Ekslusif AD Scravess yang hanya mempamer dan menjual tudung-tudung yang dibeli khas secara terus dari Turki dan dipilih oleh saya sendiri.

SUMBER : Glam Lelaki