Tiada Kenaikan Harga, Caj Perkhidmatan Gas Ke Rumah Kembali Sediakala

0
26

Mengambil berat maklum balas orang ramai, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) sebentar tadi melalui facebook rasminya mengumumkan tiada kenaikan harga akan dikenakan terhadap perkhidmatan Gas Petronas Home Delivery (GPHD).

Melalui memo tersebut, caj penghantaran gas ke rumah akan kekal seperti sebelumnya dan tidak ada penstrukturan semula akan dibuat seperti yang diumumkan sebelum ini.

Tular di media sosial semalam, harga baru gas memasak bagi wakil pengedar PDB yang menjalankan perkidmatan penghantaran ke rumah iaitu RM 31 bagi tong gas 12 kilogram (kg) dan RM 35 untuk tong gas 35 kg.

Kenaikkan tersebut nyata mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen yang rata-ratany tidak bersetuju dengan kenaikan harga baru gas memasak tersebut yang dilaporkan mengikut pasaran harga semasa.

SUMBER : Petronas Brands