[Terkini] Sulawesi Bergegar Lagi, Muncul Pula Semburan Api Bawah Tanah Mengejutkan Penduduk

0
224

SEMENANJUNG Minahassa, Sulawesi, Indonesia digegar gempa lagi, pada 1.43 tengah hari ini, dengan kekuatan sederhana bermagnitud 5.2.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di 100 kilometer (km) ke Utara Palu, dengan kedalaman 10 km.

Tiada ancaman tsunami berikutan gempa itu.

Pada Jumaat, gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda Donggala, Sulawesi Tengah, pada 5.02 petang waktu tempatan (6.02 waktu Malaysia) mengakibatkan tsunami di kawasan pantai Palu.

Bencana itu dilapor mengorbankan kira-kira 800 nyawa setakat ini.

Gempa: Muncul Pula Semburan Api Bawah Tanah

JAKARTA – INDONESIA. Susulan gempa bumi menggoncangkan bandar Donggala dan Palu di Sulawesi Tengah, dengan kekuatan 7.5 pada skala Richter, penduduk Mamuju Tengah, dikejutkan fenomena luar biasa.

Memetik laporan Liputan6 SCTV, fenomena air lumpur menggelegak dan semburan api dikatakan berlaku di ladang kelapa sawit.

Masyarakat di Kampung Salugatta, memberitahu, lubang terbentuk selebar satu meter telah memuntahkan lumpur dari tanah disusuli api pada ketinggian dua meter.

Pada Sabtu lalu, lumpur itu ditemui dan semalam, selepas gempa berlaku, api kelihatan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun untuk mengelakkan orang ramai menghampiri kawasan itu, pita keselamatan telah dipasang oleh polis.

Penduduk dan polis bertindak membersihkan kawasan itu dari bahan mudah bakar bagi mengelakkan api menyambar sekaligus mengakibatkan kebakaran.

SUMBER : Harian Metro