Terkini; Doakan Saleem Iklim! Beliau Kemalangan Dan Sekarang Di ICU إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

0
127

PENYANYI terkenal Saleem terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dari arah belakang ketika vokalis kumpulan Iklim itu keluar membeli barang.

Isterinya, Julia Bachok ketika dihubungi mStar Online memberitahu kejadian itu berlaku berdekatan rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras sebelum Saleem dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.

“Ketika kejadian saya tidak berada di rumah kerana sedang membeli baju untuknya pakai di majlis bertemu peminat sebelah malam di Shah Alam.

“Dia ada beritahu hendak keluar sebentar beli barang dan tidak sangka pula Saleem kemalangan.

“Panik saya dibuatnya apabila ada orang beritahu suami kemalangan dan segera saya bergegas ke hospital,” katanya.

Julia berkata demikian sebagai mengesahkan khabar angin mengatakan Saleem kemalangan jalan raya di laman sosial.

Menerusi status yang tersebar itu, Saleem dikatakan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang selain berada dalam keadaan koma.

Maklumat tersebar itu mendakwa impak kemalangan berkenaan menyebabkan tulang rusuk penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu tersusuk ke bahagian paru-parunya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan sebenar Saleem, Julia berkata, suaminya berada dalam keadaan stabil namun dia enggan mengulas lanjut mengenainya.

Bagiamanapun kata Julia, pihaknya sedang dalam proses memindahkan Saleem ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Apa yang boleh saya katakan sekarang keadaan Saleem stabil. Tentang apa yang ditularkan mengenai keadaan suami, saya enggan mengulas.

“Bukan saya tidak mahu beritahu tapi tidak mahu kalau cerita orang ingat saya ingin minta simpati tetapi Saleem stabil dan tidaklah seteruk yang diberitahu.

“Pinta saya agar semua peminat mendoakan agar Saleem segera sembuh dan apa yang berlaku ini adalah ujian Allah,” katanya.

SUMBER : Mstar

Loading...