Terkejut Amelina Bila Anak Anak Tiba Tiba Whatsapp Dan Tanya Kisah Lama Tentang Dirinya

0
86

PENYANYI Dangdut Amelina terkejut kisah-kisah lamanya disebarkan kembali selepas dia menyertai program realiti Gegar Vaganza 5 (GV5).

Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 44, berkata, artikel berkaitan dirinya disedari oleh anak-anak yang bertanyakan kesahihah perkara tersebut.

“Terkedu sekejap bila salah seorang anak mengirimkan whatsapp artikel mengenai saya. Saya tak tahu nak jawab macam mana, nak respon apa. Lama saya diam sebelum membalas simbol senyum, ketawa dan muntah hijau sahajalah.

“Bila masuk GV5 ni banyak pula artikel mengenai saya di internet. Kisah lama, gosip dulu-dulu habis keluar semula,” ujarnya di Instagram.

Tambah Amelina, sebelum ini dia mengambil masa lama untuk menjelaskan tentang siapa dirinya yang sebenar kepada anak-anak.

Dia yang menghilang daripada dunia hiburan sebelum ini menghabiskan masa sepenuhnya sebagai ibu yang menjaga mereka setiap hari.

Amelina pelik banyak artikel lama mengenainya muncul kembali di internet.

“Sebelum ini lama juga saya ambil masa untuk jelaskan kepada anak-anak siapa diri saya yang sebenar. Amelina yang mereka kenal cuma seorang ibu, tak bekerja dan menjaga mereka setiap hari.

“Kantoinya apabila mereka terlihat video saya di youtube, gambar-gambar di internet. Susah nak jelaskan masa itu tapi bila saya buat kembali barulah mereka faham situasi dan keadaan,” ujarnya.

Tambah Amelina berkata, sehingga kini anak-anaknya belum memahami sepenuhnya tentang kerjayanya sebagai penyanyi.

“Sebenarnya sampai sekarang pun ada ketikanya mereka masih belum faham seratus peratus tapi Alhamdulillah kakaknya anak sulung saya sudah berusia 17 tahun dan boleh cuba fahamkan adik-adiknya,” ujarnya.

Amelina dan Reduan berkahwin pada 20 Mei 1999 dan sejak mendirikan rumah tangga, penyanyi lagu Rindu itu menghilangkan diri daripada dunia hiburan.

Hasil perkahwinan dengan usahawan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur’ Athirah, 17, Putera Al’ Affiq, 16, Putera Al’ Asyraff, 15, Puteri Nur’ Asyurah, 13, Putera Al’ Arffa, 11 dan Putera Al’ Amzar, 8 tahun.

Pasangan itu dilaporkan bercerai pada 2014.

SUMBER : Mstar Online