Tempoh 100 hari janji PH akan tiba pada minggu ini.- Ini kritikan pedas dari Jaclyn Victor yang buat ramai setuju

0
246

Dapat difahami harapan menggunung ramai rakyat di negara ini terhadap kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas gabungan itu diberi peluang menjadi kerajaan sejak 9 Mei lalu.

Namun kata penyanyi lagu Gemilang, Jaclyn Victor, semua pihak perlu bersikap realistik, dan tidak mengharapkan pelbagai keajaiban dapat berlaku dalam tempoh 100 hari pertama negara ditadbir HARAPAN.

Menurut Jaclyn rakyat juga perlu bersikap matang selain bersabar dengan kerajaan yang pernah berjanji untuk memperbaiki “kerosakan” dalam negara.

“Bebanan hutang yang ada sangat tinggi, kalau asas tidak kuat, ia akan goyah, justeru kena utamakan perkara yang lebih penting dahulu,” katanya ketika diwawancara di ibu pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya baru-baru ini.

Menurut penyanyi yang dilahirkan oleh program Malaysian Idol musim pertama itu pelbagai faktor lain perlu diambil kira dan simpati perlu diberikan kepada faktor usia Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini tanggungjawab besar untuk Dr Mahathir dan kabinet. Lihatlah usia beliau sekarang pun, dah berapa…” katanya.

HARAPAN kini diperhatikan, terutama oleh pembangkang, dengan menjadikan 10 janji 100 hari yang diikrarkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu sebagai salah satu ‘peluru’ kritikan mereka.

Ikhlas dari hati

Tempoh 100 hari itu akan tiba pada minggu ini.

Antara janji itu ialah memansuhkan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menstabilkan harga minyak, membatalkan larangan ke luar negara untuk peminjam tabung Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan memberikan caruman kepada surirumah.

Bagaimanapun janji menghapuskan tol tidak termasuk dalam satu daripada 10 janji berkenaan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini mengakui sebahagian janji jangka pendek itu mungkin terpaksa ditangguhkan sementara berikutan bebanan hutang negara yang berjumlah RM1 trilion.

Diminta mengulas perkara yang paling menyeronokkan bagi Jaclyn, dia berkata, ia adalah penubuhan Tabung Harapan Malaysia.

Katanya tabung tu dilihat memang bertujuan sangat baik dan penyumbang pula memberikan derma masing-masing secara ikhlas dari hati demi negara ini.

“Orang tak paksa, kamu bagilah berapa pun nak bagi, ini pemberian ikhlas daripada rakyat,” katanya.

Jaclyn adalah antara penyanyi popular yang terbabit dalam Konsert Countdown/Konsert Perpaduan Pesta Harapan Malaysia 2018 yang dijadual berlangsung pada 15 September ini.

Acara julung kali dianjurkan Malaysiakini itu dijayakan dengan kerjasama beberapa rakan strategik seperti Unifi, AirAsia, Boost, Malindo Air dan Country Heights Holding Berhad. Ia akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya.

Selain Jaclyn, selebriti lain yang akan memeriahkan pesta tersebut ialah Bunkface, Estranged, Soo Wincci, Couple, Kavin Jay, Sly Squad, dan jemputan istimewa, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Jaclyn menjelaskan pembabitannya dalam Pesta Harapan Malaysia 2018 ialah untuk menyumbang kepada membarakan semangat patriotik di kalangan generasi muda.

Katanya, dia berharap golongan muda dapat menghargai kenikmatan sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana aman damai.

“Inilah peluang untuk tunjukkan kepada muda-mudi yang ada minda dan pendapat mereka sendiri supaya berbangga menjadi rakyat Malaysia.

“Ini (acara) sebagai peringatan kepada kita yang tidak hidup dalam situasi perang seperti di Syria. Bersyukurlah jangan sentiasa cari pasal dengan perkara remeh-temeh,” katanya.

SUMBER : Express Viral

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here