Teguran Dato Fazley Yaakob Kepada Aliff Syukri Pasti Buat Dia Terdiam

0
36

TINDAKAN penaja utama konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) Datuk Seri Aliff Syukri mahu memberikan produknya kepada seorang wanita yang dilabelkan ‘hodoh’ telah mengundang kemarahan netizen.

Menurut penyanyi Datuk Fazley Yaakob, 40, banyak lagi cara pemasaran yang boleh dilakukan Aliff tanpa perlu menggunakan perkataan keterlaluan yang berbaur perkauman terhadap warna kulit seseorang.

Fazley turut menegur tindakan Aliff meletakkan bedak asas dengan menggunakan tangan pada wajah individu tersebut ketika program itu bersiaran secara langsung.

Fazley memuat naik tegurannya untuk Aliff menerusi laman Instagramnya.

“Maaf… Terlalu melampau jika sekadar untuk pemasaran. Banyak lagi cara untuk menjual jenama, bukan menggunakan perkataan berbaur perkauman terhadap warna kulit seseorang.

“Melabelkan wajah seseorang sebagai kurang sempurna, apatah lagi meletakkan bedak asas dengan tangan untuk ‘mencantikkan’ seseorang di sebuah program yang begitu ramai pengikutnya,” katanya.

Netizen di laman sosial turut mengecam Aliff.

Fazley memuat naik tegurannya mengenai cara Aliff mempromosikan produk pemutih pada konsert GV5 minggu keenam yang berlangsung pada malam Ahad itu menerusi laman Instagramnya.

Pengasas produk D’Herbs itu yang diberi kesempatan oleh produksi untuk mempromosikan produk pemutihnya dengan mencari penonton berwajah ‘hodoh’ telah menimbulkan kemarahan netizen.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Asmara ini menganggap penonton yang turut sama ketawa melihat aksi Aliff itu sebagai memalukan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Asmara ini menganggap penonton yang turut sama ketawa melihat aksi Aliff itu sebagai memalukan.

Kata Fazley, memiliki kekayaan tidak menjamin seseorang itu mempunyai adab dan pemikiran yang bijaksana.

Dia juga meminta Aliff agar membuat permohonan maaf kerana perkara itu melibatkan maruah dan rezeki.

“Memalukan juga buat penonton yang turut sama ketawa lucu melihatnya. Haih… Apa nak jadi orang-orang kita ya?

“Selaku seorang yang berpengaruh, mohon fikir semula bahawa ramai anak-anak yang menonton, ramai mak ayah yang menonton, ramai manusia yang akan ingat sampai bila-bila.

“Cara pemasaran harus bijak, bukan jumud dan melulu! Kaya tak menjamin adab, kaya juga tak menjamin kebijaksanaan.

“Seeloknya permohonan maaf harus diusahakan, sebelum bara menjadi api besar yang terus menelan maruah dan membakar punca rezeki ‘downliners’ yang turut terkena tempiasnya!” ujarnya.

Bagaimanapun, Aliff sudah membuat permohanan maaf ketika konsert itu bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Loading...