‘Tak Guna Bercakap Berkenaan Ketuanan Melayu Kalau Kamu Kuli’

0
33

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas apa yang disifatkannya sebagai “perjuangan berdegar-degar” yang mempertahankan dan mengangkat isu ketuanan Melayu.

“Saya bagi tahu pada orang Melayu semua, tak guna bercakap ketuanan Melayu kalau kamu bekerja sebagai kuli orang.

“Kalau kita nak jadi tuan kita boleh jadi tuan, tapi nak kena ada ilmu, nak rajin kerja, buat secara baik, jangan tipu, jangan curi, jangan ikut contoh PM yang lama,” katanya yang dipercayai ditujukan kepada penyandang terdahulunya, Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 atau dikenali sebagai Industri4WRD, di Menara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Kuala Lumpur, hari ini.

SUMBER : Kini Tv