Sudah Terlambat Untuk Mempelawa Kami Menyertai Semula Umno

0
58

KUALA LUMPUR: Sudah terlambat untuk mempelawa kami menyertai semula Umno, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa yang mempelawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang lain untuk kembali kepada Umno.

“Saya fikir itu mungkin satu pelawaan nakal, dan sebenarnya tak berapa logik.

“Bayangkan nak pelawa seorang yang sudah pun memegang jawatan Perdana Menteri merangkap pengerusi parti kerajaan untuk masuk ke parti pembangkang.

“Dulu saya dipecat daripada parti manakala, Dr Mahathir keluar sendiri kerana memang kami tahu dari awal dulu Umno bermasalah.

“Jadi ketika kita dah berjaya untuk menumbangkan kerajaan BN, sekarang ini baru nak pelawa…saya ingat dah terlambat,” katanya.

Terdahulu, Annuar dilaporkan mempelawa Dr Mahathir supaya kembali ke pangkuan Umno kerana ramai ahli parti itu yang masih menghormatinya.

“Sesungguhnya amat ramai ahli Umno, termasuk saya sendiri, amat sayang dan menghormati Tun (Dr Mahathir) dengan hati yang tulus ikhlas.

“Insya-Allah, Umno itu tidak akan mati. Apa yang buruk, kita perbaiki bersama,” katanya.

Mukhriz Mahathir

Dato’ Seri Mukhriz bin Tun Dr Mahathir (lahir 25 November 1964) ialah anak kelima Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Antara 2009 dan 2013, beliau menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Selepas Barisan Nasional menguasai Kedah pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ke-11 pada 6 Mei 2013.

Pada 3 Februari 2016, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Selepas Pakatan Harapan menguasai Kedah pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ke-13 pada 11 Mei 2018.

Pada tahun 2004, beliau telah menang besar selepas mendapat undian tertinggi untuk salah satu jawatan tertinggi UMNO dan seterusnya telah mendapat jawatan tersebut. Beliau juga dilihat sebagai seorang calon yang berpotensi untuk menjadi Naib Presiden Bahagian Pemuda UMNO. Tetapi, beliau menarik diri daripada pencalonan.Abang beliau, Mokhzani juga seorang yang bergiat aktif dalam UMNO.

Beliau secara berterusan bercakap bagi pihak bapanya mengenai isu perbalahan antara bapanya dan Abdullah Ahmad Badawi.Pada 2006, beliau telah menang majoriti lima undi di dalam pemilihan UMNO Bahagian Kubang Pasu. Beliau mempertahankan bapanya yang telah kalah di dalam pemilihan tersebut dengan mengatakan bahawa terdapat konspirasi yang mahu menjatuhkan bapanya. Beliau mengalami perselisihan faham dengan UMNO selepas beliau memberi komen terhadap ucapan Perdana Menteri bahawa beliau berasa sedikit hampa terhadap Perdana Menteri kerana tidak menawarkan apa-apa perubahan. Walau bagaimanapun, beliau telah memohon maaf di atas ketelanjurannya.

Namun begitu, dalam pilihan raya umum 2008, beliau bertanding untuk kerusi Parlimen Jerlun (P005).Sebelum ini, beliau telah menawarkan diri untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi, tetapi keinginannya telah dibantah oleh 85 daripada 91 cawangan UMNO di Langkawi. Tetapi kemudian, banyak pemimpin di Langkawi menyokongnya. Berbeza pula dengan UMNO bahagian Jerlun yang mengalu-alukan beliau untuk bertanding kerusi Parlimen dan mereka berjanji untuk memberi sokongan penuh dalam pilihan raya akan datang.

SUMBER : Mstar Online

Loading...