Suami Ini Cuma Sedar Isteri Tunjukkan 6 Tanda Kematian, Sehari Selepas Dikebumikan

0
99

Suami Ini Cuma Sedar Isteri Tunjukkan 6 Tanda Kematian, Sehari Selepas Dikebumikan. Suami ini mencatatkan satu hal yang sukar diluahkan oleh seorang lelaki yang baru kehilangan isteri tercinta. Biarpun dekatnya isteri di hatinya, suami cuma sedar tanda kematian yang isteri tunjukkan sehari selepas isteri meninggalkannya dan anak.

Kemalangan

Catatan Faid Noorazmi, 23 ‘tanda-tanda kematian seorang srikandi hati’ ini cukup sayu dan meruntun hati. Isteri beliau, Siti Aishah Binti Ismail yang juga guru tahfiz mengalami kemalangan ketika pulang dari sekolah. Dalam tempoh sehari saja, arwah isterinya itu telah menunjukkan 6 tanda-tanda yang dia bakal meninggalkan suami dan anak buat selama-lamanya. Namun, semua itu hanya disedari sehari selepas isterinya telah tiada.

6 Tanda Kematian Seorang Srikandi Hati

Hari ni genap sebulan (ketika catatan ini ditulis pada 11/Mac) di mana hari Ayang menunjukkan beberapa tanda Ayang akan pergi buat selamanya. Sungguh sewaktu Ayang masih ada abang tak perasan itu adalah tanda-tanda pemergianmu. Sehari lepas Ayang pergi baru abang perasan.. Coretan saya pada kali ini mungkin agak panjang. Moga kalian tidak bosan membacanya. Moga ia membawa manfaat dan pengajaran buat kita semua.

Tanda 1

Sebelum abang pergi exam Ayang tiba-tiba tanya abang nak makan apa. Ayang sungguh-sungguh tanya abang nak makan apa, Ayang memang nak masak special untuk abang. Tapi abang tak memilih. Abang tak kisah. Janji abang dapat makan masakan Ayang. Ayang masak ayam masak merah & tauhu jepun sos tiram. Tak sangka itu adalah masakan yang terakhir Ayang untuk abang.

Tanda 2

Ayang nak pergi pasar. Mula-mula Ayang ajak mak pergi pasar sebab mungkin Ayang tengok abang sibuk study. Tapi last minit Ayang cancel nak pergi dengan mak. Ayang minta abang teman. Ayang cakap dengan abang kita dah lama tak dating sama-sama. Tapi sebenarnya kita selalu je keluar berdua sama-sama. Tak tau macam mana ayat tu boleh keluar dari mulut Ayang. Ternyata..itu adalah kali terakhir kita keluar bersama.

Tanda 3

Petang selepas Ayang pergi program dengan anak-anak halaqah Ayang. Ayang post satu gambar di IG. Ayang buat caption.. “Selain Khalil, anak-anak halaqah ini juga saham dunia akhirat buat Ayang. Ayang pesan moga semua boleh tamam khatam hafaz al-quran dan jaga al-quran sampai mati. Ayang cakap tu juga pesanan buat diri Ayang juga. Tak sangka itu adalah post terakhir Ayang dan pesanan terakhir buat anak-anak halaqah Ayang.

Tanda 4

Lepas balik makan malam dari restoran Pak Itam (Restoran Ika Ikin) dekat Rembau, Ayang balik awal dengan mak. Abang balik lewat dengan abah. Sampai saja abang dekat rumah, Ayang dah tunggu abang di ruang tamu. Ayang minta abang dodoikan adik sebab adik meragam. Macam biasa abang akan baca al-Mulk sambil tepuk adik. Disebabkan adik tak tidur juga abang tambah bacaan surah ad-Dhuha sampai an-Nas.

Masa abang baca surah-surah tu adik mula tidur dan bila abang toleh pandang Ayang, Ayang pandang abang lama sambil senyum. Allah senyum yang sangat manis. Ayang senyum dekat abang pun lama. Abang tahu Ayang suka bila tengok adik tidur masa abang baca kalam suci dekat dia.. tapi sayang sekali..itu adalah senyuman manis yang terakhir Ayang buat abang.

Tanda 5

Lepas habis baca surah an-Nas abang terus pass adik pada Ayang. Ayang masuk bilik dulu nak tidur dengan adik, abang masih duduk di ruang tamu. Tak lama lepas tu Ayang bagi tau abang adik terjaga & meragam balik. Abang terus masuk bilik siap-siap nak tidur & temankan Ayang. Waktu tu agak ngantuk sangat. Ayang terus menyusukan adik sebab dah meragam. Sebelum abang lelapkan mata. Ayang panggil abang. Abang..jom borak..kita dah lama tak borak” Statement ni memang pelik dalam fikiran abang sebab memang kita selalu juga borak sebelum tidur.

Tapi tak tau kenapa malam tu Ayang boleh buat statement macam tu. Abang tak menolak. Abang cakap kalau nak borak, alihkan tempat tidur adik dekat hujung. Ayang tidur tengah. Senang kita nak borak. Ayang balas cakap takpelah then Ayang terus sambung menyusukan adik. Macam biasa. Ayang akan mohon maaf pada abang atas segala kesalahan ayang sebelum kita tidur. Abang pun sentiasa memaafkan Ayang. Itu adalah kata maaf terakhir Ayang pada abang.

Tanda 6

Macam biasa bangun subuh, abang nak ke masjid. Tengok Ayang masih menyusukan adik, abang tanya pukul berapa adik tidur malam tadi dan pukul berapa dia bangun? Ayang jawab, adik tak tidur langsung dari mula abang lelap sampai abang bangun subuh. Adik meragam. Ayang tak tidur jaga adik, menyusukan adik. Maafkan abang tak sedar. Khalil meragam sampai subuh.

Lepas balik masjid baru Ayang & Khalil tidur.. Allah.. rupanya Khalil meragam malam tu mungkin sebab dia tau Ayang nak pergi tinggalkan dia buat selamanya. Hebat kuasa Allah.. selepas pemergian ayang. Khalil tak meragam macam dia meragam masa Ayang ada. Dia seolah-olah memahami Ayang dah tak ada.. abah, wan, atuk & family selesa jaga adik. Tak penat jaga adik sebab tak meragam..hebat kuasa & perancangan Allah.

Aku Redha Atas Isteriku

Inilah 6 tanda yang arwah isteri saya tunjukkan dua hari sebelum pemergiannya.. tanda-tanda ni berlaku dalam satu hari sahaja.. 10/2/2018 bersamaan hari sabtu. Allah gerakkan hati Ayang untuk berkhidmat buat kali terakhir pada suami & anak. Terima kasih Ayang..Terima kasih ya Allah di atas pinjaman seorang srikandi bernama Siti Aishah Binti Ismail yang Kau berikan padaku.

Sungguh aku menjadi saksi akan kebaikan & kemuliaan isteriku berbakti pada suami, anak, mak ayah & rakan-rakannya di atas dunia ni. Perginya isteriku adalah kehilangan besar dalam hidupku.. Aku redha atas ketentuanMu dan aku turut redha atas isteriku.. Moga Engkau pelihara dan lindungi isteriku hingga Kau masukkannya ke dalam syurgaMu..aamin.. Buat para sahabat-sahabatku, pesanku.. hargai dan redhailah pasangan kalian dalam setiap nafas kalian.

Jangan sesekali kita abaikan dan sakiti hati mereka. Jagalah pasangan kalian sebaiknya kerana pasangan kita adalah saham kita menuju ke syurga. Jika pasangan kita redha pada kita..insyaAllah syurga buat kalian. Buat yang masih ada pasangan. Mari sama-sama kita cari dan dapatkan redha pasangan masing-masing. InsyaAllah redha pasangan kita, Allah juga akan redhai kita semua.. aamin.

Sumber/Foto : Faid Noorazmi

Loading...