Status Intan Bekas Isteri Ude Wahid Di Laman Sosial Mendapat Perhatian Netizen.

0
653

BEKAS Isteri pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude Wahid iaitu Intan Saleh meminta agar kehidupan yang dilaluinya kini tidak dipersoalkan.

Kata Intan, dia sudah meneruskan kehidupan baharu, namun mengakui tidak boleh melupakan kenangan yang pernah dibina bersama lelaki itu.

“Move on atau tidak, tak perlu dipersoalkan. Move on tu melangkah maju bukan melupakan. Kenangan tidak boleh dipadamkan,” tulisnya.

Bagaimanapun, status berkenaan mendapat perhatian pengikut laman sosialnya yang menganggap dia tidak perlu meluahkan perkara itu di laman sosial.

Menerut netizen, perkongsian berkaitan emosi di laman sosial hanya akan menimbulkan salah faham.

Bagaimanapun, Intan berkata, dia mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

“Pendapat masing-masing tak apa, bukan semua orang suka kita. Intan ada alasan tersendiri kenapa Intan buat macam tu. Kadang-kadang terasa nak kongsi Intan kongsi orang tak suka tak apa.

“Kita siapa nak puaskan hati orang. Intan sekarang sudah melangkah maju ke depan,” tulisnya.

Dalam pada itu, netizen mendoakan wanita berkenaan mendapat pengganti dan dijodohkan dengan lelaki yang lebih.

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.

Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri berusia setahun.

Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

“Suka hati la! Apa masalahnya?” – Foto ‘throwback’ Intan undang kemarahan.

BEKAS isteri kepada Ude iaitu Intan Liana Saleh berang apabila ada individu yang kurang senang apabila dia memuat naik foto kenangan bekas suaminya itu bersama anak-anak mereka di laman sosial Instagram miliknya pada malam Isnin.

Intan berkata, tindakan itu bukan suatu perkara yang salah kerana ia hanya sekadar gambar kenangan ketika dia masih menjadi isteri kepada Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid.

“Suka hati nak letak gambar throwback ke apa… apa masalah sis? Aku nak letak gambar kenangan aku bersalin suami dulu teman pun boleh la. Gambar kahwin aku pun boleh… Apa masalahnya?” tulis Intan.

Intan berkata demikian selepas dia memuat naik foto Ude bersama anak-anaknya dengan kapsyen bahawa lelaki itu adalah bapa kepada anak-anak berkenaan.

“Tb (throwback) je pun bukan tibai (rampas) laki (suami) orang sah-sah bapa anak-anak aku juga. Sorry terkasar bahasa sikit,” ujarnya.

Rata-rata netizen menyokong tindakan Intan yang menganggap wanita itu akhirnya berani bersuara.

Dalam pada itu, Intan berkata, dia berdiam selama ini adalah atas pilihannya dan bukan kerana termakan budi mana-mana pihak.

“Konon selama ini aku tak berani bersuara kerana banyak makan budi kau, tolong sikit, nak ke aku bersuara?” soalnya.

Tambah Intan dia juga bersedia untuk bertemu individu yang dimaksudkan itu jika ada perkara yang masih tidak selesai.

Katanya, dia tidak mahu lagi mendengar tentang perkara buruk yang hanya mengundang fitnah semata-mata.

Awal tahun ini, nama Intan menjadi perhatian apabila perkahwinan kedua Ude dengan aktres Izreen Azminda terbongkar.

Bagaimanapun Ude menceraikannya dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1 tahun, manakala Ude dan Izreen berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.

 

SUMBER : Kucing Hitam Media

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here