Siti Kasim Hentam Datuk Seri Anwar Kerana Kritik ‘Super Liberal’

0
171

PETALING JAYA: Aktivis Siti Kasim menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana komennya mengenai “super liberal”, mengatakan golongan itulah yang akan melindungi hak individu, termasuk orang yang dituduh meliwat.

Siti berkata dia tidak dapat temui takrif “super liberal”. Liberal bagaimanapun percaya kerajaan diperlukan untuk melindungi individu daripada bahaya dan mengakui kerajaan juga boleh mengancam kebebasan.

“Jadi, apa yang saya boleh agak adalah seorang ‘super liberal’ adalah seseorang yang prihatin tentang hak individu, termasuk orang yang dituduh meliwat atau kesalahan-kesalahan berkaitan yang tiada mangsa.

“Kamu fikir menjadi ‘super liberal’ sesuatu yang memalukan dan jenayah?” kata Siti.

Beliau berkata Anwar “melancarkan perang” terhadap golongan yang akan mempertahankannya haknya dalam jenayah tanpa mangsa.

Awal hari ini bakal presiden PKR itu menggesa rakyat mempertahankan diri daripada golongan “super liberal”.

Anwar berkata golongan itu menganggap hanya pandangan mereka penting dan perlu dituruti.

Beliau tidak menamakan mana-mana orang semasa berucap di satu acara di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anwar memberikan contoh dia diserang oleh golongan itu kerana pilihan raya kecil Port Dickson, walaupun dia sudah menderita sebelum ini.

Siti sebelum ini mengkritik Anwar dan PKR kerana mengosongkan Parlimen Port Dickson untuk memberi laluan kepada bekas timbalan perdana menteri itu kembali menjadi wakil rakyat.

Anwar, yang bertanding pada pilihan raya kecil Port Dickson pada 13 Oktober, mahu kembali aktif berpolitik, selepas menerima pengampunan diraja atas pensabitan liwat.

Loading...