Simulasi Tra gedi MH17 Yang Selama Ini Tidak Didedahkan, Akhirnya Bocor Di Media Sosial. Ini Sebenarnya Yang Berlaku Pada MH17

0
434

Tra gedi MH17, ‘misi berani ma ti’

Memasuki zon perang dengan ‘tangan kosong’, tanpa sebarang senjata api bagi melindungi keselamatan diri antara pengalaman getir terpaksa ditempuh Ketua Perunding The Dozen Person, Kolonel Mohd Sakri Hussin, dalam penugasan MH17.

Kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Penyelaras Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pengalaman itu terpahat kukuh dalam ingatannya walaupun selepas empat tahun sejarah hitam itu berlalu.

“Biarpun nyawa jadi taruhan, amanah ini harus diselesaikan demi negara kita. Itu yang saya ingatkan diri saya, begitu juga 11 lagi anggota dalam kumpulan ini.

“Kami masuk ‘kosong’… hanya berbekalkan sedikit wang (sewa kereta), makanan dan ubatan bagi melaksanakan operasi penyamaran ini, dengan misi utama memastikan kotak hitam dan perakam suara MH17, begitu juga mayat penumpang serta anak kapal dibawa keluar dengan selamat dari ‘ground zero’.

Berpengalaman 38 tahun dalam bidang ketenteraan dan keselamatan, selain misi kemanusiaan, mencari dan menyelamat (SAR) serta konflik antarabangsa, operasi itu cukup mencabar kerana wujud banyak pihak berkepentingan yang berkehendakkan bahan bukti berkenaan.

“Dugaannya bukan calang-calang, lebih-lebih kita berada di zon perang…. ‘cold war’, malah pengalaman itu lebih ‘hebat’ dari penugasan saya pada era insurgensi, begitu juga operasi pengaman yang pernah saya sertai bersama Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), misi kemanusiaan atau bencana lain.

“Bayangkan, 10 ‘checkpoint’ terpaksa kami tempuh sepanjang perjalanan ke Donetsk (Timur Ukraine), dengan setiap ‘checkpoint’ ada pelbagai karenahnya, selain pergerakan kami diekori. Lebih mencabar kerana sepanjang operasi ini, kita tidak tahu siapa kawan, siapa musuh, yang memerlukan kita berwaspada sepanjang masa,” katanya.

Malah, sepanjang perjalanan ke wilayah bergolak itu, yang dikuasai Kumpulan Pemisah Donetsk (DSG), Sakri sentiasa mengingatkan 11 anggotanya supaya terus berpuasa dan tidak berhenti berdoa supaya dilindungi Allah.

“Bagi saya, segala dugaan itu adalah ujian Allah terhadap keimanan kita. Kita usahakan yang terbaik, selebihnya serahkan kepada Allah,” katanya.

Disifatkan sebagai misi berani mati, keupayaan The Dozen Person menyelesaikan proses rundingan dalam tempoh 24 jam, tiga hari selepas pesawat itu ditembak jatuh, mengagumkan masyarakat antarabangsa.

Malah, rundingan diselesaikan tanpa sebarang syarat ditetapkan oleh pemimpin pemisah, Alexander Borodai, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk (DPR).

Selain Sakri yang ketika itu bertugas dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), The Dozen Person turut dianggotai pakar komunikasi, doktor perubatan, pakar patologi dan pengecaman mangsa bencana (DVI), jurubahasa tentera, pegawai Pasukan Khas Penyelamat dan Bencana Malaysia (SMART) serta anggota komando sebagai langkah keselamatan.

“Dalam perjalanan keluar dari ‘ground zero’, kami turut berdepan pelbagai insiden menggerunkan, termasuk cubaan melarikan bahan bukti itu.

Ketika itulah, saya mengingatkan pegawai komando dalam kumpulan kami supaya melindungi keselamatan bahan bukti itu walaupun terpaksa menggunakan nyawa mereka. Alhamdulillah, semuanya selamat,” katanya.

Sementara itu, Sakri mempertikaikan mengapa sehingga kini maklumat terkandung dalam dua komponen berkenaan tidak didedahkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa diketuai Belanda, termasuk justifikasi terperinci bagaimana pesawat itu ditembak.

“Tiada hasil siasatan menyeluruh berhubung kes ini, kecuali sekadar menuding jari kepada pihak tertentu. Tiada justifikasi terperinci bagaimana pesawat itu ditembak dan pihak mana yang bertanggungjawab, sekali gus menyebabkan kita masih tertanya-tanya.

Sebuah video amatur didakwa memaparkan imej mengejutkan sejurus nahas MH17 kini muncul di internet.

Klip video berdurasi dua minit yang dimuat naik ke YouTube oleh agensi berita Russia Today menggambarkannya sebagai rakaman terawal sejurus nahas berlaku.

VIDEO: Trag edi yg pernah menggemparkan smua rakyat Malaysia kita