Seorang Lelaki Nekad Berhenti Kerja Kerana Tidak Diizinkan Untuk Solat Jumaat

0
27

Hari ini tular di mediia sosiial tentang seorang lelaki yang memuat yang memuat naik sebuah viideo di mana dia tidak dibenarkan solat Jumaat oleh seorang majikan.

Lelaki tersebut menyatakan bahawa semasa temuduga dengan syarikat itu, beliau telah dimaklumkan bahawa dia tidak akan dibenarkan solat tetapi tetap menerima pekerjaan di situ dengan anggapan bahawa beliau mungkin boleh ‘cu ri-cu ri’ masa untuk solat.

Pada hari ini, hari pertama beliau bekerja di sebuah syarikat tersebut, beliau telah meletakkan jawatannya kerana tidak dapat melaksanakan solat Jumaat.

Beliau berbuat demikian selepas sekali lagi mendapatkan pengesahan daripada majikan yang memang tidak membenarkan pekerjanya solat Jumaat. Lelaki itu berkata, majikannya ada memberitahu;

“You Kalau Semayang Punya Orang, You Berenti, Saya Kasi Gaji You Jalan…!”

Syarikat terbabit adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam ‘Industrial Services, Oil dan Gas Companies, Building Materials business activities’ dan terletak di Taman Mount Austin, Johor Baharu, Johor.

Akta Kerja 1955 menggariskan bahawa pekerja yang beragama Islam seharusnya dibenarkan untuk menunaikan solat sekurang-kurangnya 20 minit bagi setiap waktu solat dan 1 jam 30 minit bagi solat Jumaat.

Pihak majikan pula hendaklah memberi pelepasan kepada pekerja yang beragama Islam untuk menunaikan solat. Bahkan di bawah akta yang sama, selain pelepasan waktu, pihak majikan juga perlu menyediakan kemudahan tempat untuk menunaikan solat di tempat kerja.

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express