Seorang Lelaki Berbangsa Cina Tampil Tempelak Masyarakat Cina Yang Tidak Setuju Papan Tanda Ditanggalkan

0
706

Seorang lelaki berbangsa Cina tampil sekolahkan rakan sebangsa lain yang tidak bersetuju apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya semua papan tanda jalan di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggalkan dan digantikan semula dengan papan tanda menggunakan hanya bahasa Melayu.

Dalam status akaun Facebook beliau, dia mengatakan ada terbaca beberapa komen dari masyarakat Cina di Malaysia bahawa Sultan tidak ada hak untuk mengeluarkan arahan menukar papan tanda itu mengikut perlembagaan.

Jadi, mengikut penulisan beliau sesiapa yang tidak bersetuju atau merasakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku sila buat laporan polis terhadap Sultan jika merasakan Baginda menyalah gunakan kuasa sebagai seorang Sultan.

Selain itu, beliau juga turut berkongsi penulisan mengapa Sultan mempunyai hak istimewa dalam pentadbiran negeri merujuk daripada sebuah penulisan lain tentang “Institusi Raja Di Tanah Melayu” seperti di bawah:

Sistem beraja telah menjadi benteng penghalang menyukarkan Inggeris melakukan penjajahan mutlak. Inggeris sekadar berupaya memperkenalkan sistem Residen dan masih mengekalkan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Inggeris terpaksa mengadakan rundingan dengan raja pemerintah di setiap negeri dan akhirnya telah berjaya mengadakan perjanjian-perjanjian dengan Raja-raja Melayu bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874.

Dengan kedatangan Inggeris corak pentadbiran negeri-negeri Melayu mengalami perubahan. Bagaimanapun dalam perkara hal ehwal agama Islam dan adat tetap utuh dan kekal pada kuasa Raja.

Terdapat langkah untuk menghapuskan kuasa-kuasa raja dengan memperkenalkan Perlembagaan Malayan Union. Usaha pihak Inggeris ini telah mendapat tentangan hebat dari orang Melayu dan hasil dari tentangan dan bantahan itu perlembagaan tersebut dimansuhkan dan diperkenalkan pula Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Dengan itu kedudukan Raja-raja Melayu kembali kepada kedudukan asal mereka. Kesultanan Melayu adalah satu manifestasi-satu lambang keagungan tamadun bangsa di bumi ini.

Ketika merangka formula membentuk kerajaan merdeka, wajib menerima hakikat bahawa sultan beraja adalah sebahagian daripada sistem berkerajaan dan bernegara di bumi ini wajar diteruskan.

Ruangan komen di status FB itu kemudian diserang dengan komen-komen patriotik masyarakat Cina yang cintakan negara. – Deaibeauty Wicth