Semata Jimat Kos Sanggup Sekolah Ini Membahayakan Nyawa Kanak Kanak Sekolah Ini

0
112

Satu video telah menjadi tular di negara luar tentang bagaimana kanak kanak sekolah ini dipaksa berdiri di belakang sebuah kenderaan MPV. Video ini menunjukkan orang dewasa yang mengarahkan kanak kanak sekolah ini adalah dari pihak sekolah itu sendiri dan mereka tidak ambil kisah tentang keselamatan kanak kanak ini.

Sekolah Adalah Rumah Kedua Bagi Mereka

Ibu bapa amat mementingkan dengan keselamatan anak anak mereka apabila mereka pergi ke sekolah. Memang lumrah semulajadi ibu bapa yang mereka akan buat apa sahaja untuk keselamatan anak anak mereka. Perkara ini patut diimplikasi di sekolah juga dan cikgu cikgu adalah ibu bapa kepada anak anak ini.

Disebabkan sekolah umpama rumah kedua mereka dan cikgu umpama ibu bapa, keselamatan kanak kanak ini patut diletakkan sebagai keutamaan nombor 1.

Tidak kira dalam atau diluar sekolah, keselamatan adalah paling penting terutama apabila pihak sekolah ada buat aktiviti luar sekolah seperti rombongan atau lawatan. Risiko kemalangan atau kecederaan amat tinggi apabila berada di luar sekolah.

Staff Yang Tidak Bertanggungjawab

Video yang telah dikongsikan oleh Remate – Ang Dyaryo Ng Masa di dalam kumpulan Facebook mereka jelas menunjukkan kanak kanak sekolah disuruh berdiri di belakang (bonet) Mitsubishi Adventure.

Mereka seperti tidak mempedulikan tentang keselamatan kanak kanak sekolah itu apabila kapasiti penumpang telah penuh dan mereka masih suruh kanak kanak ini masuk.

RISIKO YANG ADA

Risiko paling bahaya adalah jika pintu belakang kenderaan tersebut secara tiba tiba terbuka ketika kanak kanak itu sedang berdiri di belakang dan ini terjadi ketika kenderaan sedang bergerak.

Risiko lain seperti jika kenderaan tersebut secara tiba tiba berhenti (brake) kecemasan dan kerana kanak kanak ini tidak sedar mereka boleh tercampak ke kiri ke kanan kerana tempat yang sangat sempit

Senario ini patut diambil kira oleh staff sekolah tersebut dan jangan memikirkan penjimatan. Walaupun jarak perjalanan tidak jauh mereka harus utamakan keselamatan kanak kanak dahulu.

SUMBER : Pinoy Thinking