“Saya Sedih, Dahulu Masa Saya Mentadbir Tak Pernah Jadi Kejadian Sebegini…” – Najib Razak

0
2299

Insiden kejadian rusuhan di Kuil Maha Mariamman telah menggemparkan Malaysia, apabila telah berlaku insiden kebakaran kenderaan dan kini seorang anggota bomba telah dilaporkan berada di ICU akibat dibelasah teruk oleh kumpulan perusuh.

Kejadian rusuhan ini telah mendapat perhatian bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak apabila beliau telah memuat naik status di Facebook rasminya meminta rakyat Malaysia menjaga keharmonian di negara.

Menurutnya, sepanjang tempoh pentadbirannya, kejadian sebegini tidak pernah berlaku. Bekas perdana menteri itu turut bersimpati dan menzahirkan rasa sedih atas perkara yang berlaku dan berharap kemenangan akan berpihak kepada rakyat.

Saya Sedih Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita…

Saya berasa kecewa dengan insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Putra Heights.

Sepanjang tempoh pentadbiran saya, tidak pernah berlaku konfrontasi melampaui batas undang-undang atau tindakan keganasan sebegini.

Segala pembinaan, pemindahan atau penempatan semula mana-mana tempat beribadat dan perumahan, selalunya dibuat mengikut perancangan setelah konsultasi dan rundingan, dan mendapat persetujuan oleh semua pihak.

Kita Cari Penyelesaian Yang Baik Sentiasa Dan Berpihak Kepada Rakyat

Saya berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terperinci dan saya doakan agar keputusan memihak kepada rakyat nanti.

Saya amat sedih membaca kenyataan demi kenyataan pemimpin hari ini yang menyalahkan sesama sendiri dan ada juga yang salahkan pihak berkuasa – yang hari ini di tangan dan kawalan mereka.

Tindakan segera dan amaran tegas juga perlu dikeluarkan kepada semua pihak supaya tiada yang mengambil tindakan undang-undang sendiri tanpa menghiraukan undang-undang negara.

Saya menyeru kepada semua pihak. Bertenang. Peliharalah keharmonian negara dan perpaduan kaum.

Jangan musnahkan apa yang kita telah bina sejak sekian lama.

Malaysia ini tanah air kita semua.

Jangan Ragut Keharmonian Negara!

Saya sedih, sangat sedih ini berlaku di negara kita. Tiada perkataan yang dapat gambarkan betapa saya dan keluarga kecewa dengan keadaan ini.

Anggota-anggota pasukan penyelamat perlu diberi penuh penghormatan dan kerjasama oleh semua pihak dan tidak patut dihalang dari menjalankan tugas mereka.

Dan tentu sekali, mereka tidak patut diserang.

Saya doakan anggota bomba ini, Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital segera sembuh dan pulih seperti sediakala.

Saya Mohon Kita Semua Doakan Yang Sama Untuk Muhammad Adib….

Kepada keluarga Muhammad Adib, banyakkan bersabar dan tabah melalui saat ini. Perbanyakkan doa moga Muhammad Adib segera pulih.

Pada masa ini, kita semua perlu bertenang. Jangan ragut keharmonian kita.

Muat naik status daripada bekas perdana menteri itu telah menerima perhatian rakyat yang turut menyokong agar keharmonian negara tidak diragut oleh anasir-anasir jahat, serta semoga kejadian di Kuil Maha Mariamman dapat diselesaikan dengan baik.

Muat Naik Video Lagu Satu Malaysia

Najib Razak juga telah berkongsi video Satu Malaysia di Facebooknya, dengan meninggalkan kapsyen,

Saya perhatikan klip video lagu ini tiba-tiba disebar semula melalui WhatsApp pagi ini. Agak lama tak dengar.

SUMBER : Facebook Najib Razak