Saya Penat2 Pergi Gym Nak Kuruskan Badan Suka2 Hati Je Cakap Kita Makan Produk Dia Rungut Zulin Aziz Di Instagram Beliau

0
55

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz berasa kesal apabila ada beberapa pihak mengambil kesempatan menggunakan gambarnya untuk melariskan produk mereka.

Menerusi akaun instagram, Zulin berkata dia bagi amaran sekali lagi kepada mereka yang menggunakan gambarnya. Jika masih berterusan menggunakan gambarnya kononnya sebagai duta produk kurus, Zulin akan kemukakan saman.

Zulin juga berpesan kepada orang ramai supaya memaklumkan kepadanya sekiranya menjumpai gambarnya yang disalahgunakan selain produk Chocofit.

Baca perkongsian Zulin di bawah :

” Saya warning seka li lagi kepada mereka yg guna gambar saya lagi2 berkenaan produk kurus. Jangan ambil kesempatan boleh tak ? Saya dah penatlah mcm ni. Lepas satu, satu.. “

” Saya penat2 pergi gym, saya mi num @chocofithq nak kuruskan badan, suka2 hati je ckp kita makan produk dialah, kita ni ikut plan diet dia lah.. “

” Terima kasih @i

amnajlaa bgtau aku. A ku stress mcmni. Tak baik tau meniaga tipu org. Kang apa2 jadi aku jgk yg dipersalahkan.. “

” Selagi x saman betul2 selagi tu semua orang amik kesempatan. Jadi pemaaf pun salah, jadi tegas pun serba salah.. “

” Siapa nampak gambar saya dekat mana2 iklan kurus selain dari @chocofithq, Tlg bgtau please. Nak saman berjemaah. Boleh kaya aku ! Dah geram sgt dh.. “

” I dah produk ke-4 org guna muka saya, kali ni saya tak minta buat surat pemohonan maaf secara terbuka lagi dah. Senyap2 surat sampai kat awak nnt.. “

” Pada tarikh 1/10/2018 sa ya secara officialnya dengan @chocofithq. Harap maklum.. “

Anda boleh tengok video di bawah badan Zulin sekarang sudah kurus dan meletop !!

Rata-rata netizen menyokong tindakan Zulin untuk menyaman pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan suka mengambil kesempatan itu. Semoga Zulin dapat mengatasi masalah ini dengan baik.

Loading...