Saya Beri Masa 24 Jam Kepada Mereka Yang Viral Video Atau Saya Akan Saman

0
236

Beberapa hari ini tular di media sosial beberapa rakaman video yang memaparkan kekecohan yang berlaku diantara beberapa orang warga emas penduduk kampung dengan YB Norhizam Bin Hassan Bakte, iaitu ADUN Pengkalan Batu, Melaka.

Berdasarkan video yang tular tersebut, kekecehon tersebut berlaku ketika rundingan diadakan diantara penduduk kampung dengan YB Norhizam membabitkan penutupan jalan alternatif di sebuah taman yang sering digunakan oleh penduduk kampung untuk urusan harian.

Ekoran tularnya rakaman video tersebut yang kemudiannya dikongsikan oleh beberapa pihak di media sosial, YB Norhizam teruk dikecam netizen dengan sesetengahnya mendakwa sikap yang ditunjukkan beliau ketika berunding dengan penduduk kampung sebagai keterlalun.

Sehubungan itu, melalui satu lagi klip video yang dimuat naik oleh portal Melaka Kini, beliau memberi tempoh masa selama 24 jam untuk semua pihak yang menyebarkan klip video kekecohan tersebut agar menarik semula video berkenaan sekiranya tidak mahu diambil tindakan.

”Saya beri notis 24 jam kepada mereka yang viral kepada saya. Jika mereka masih terus dengan viral mereka, dengan tabiat mereka, nak viralkan saya, saya akan saman mereka dalam masa terdekat.

”Ini amaran yang saya berikan kepada mereka. Kalau tak tahu dimana hujung dan pangkal, jangan cuba main viral dengan saya. Selidik dahulu, apakah kebenarannya. Apakah kewajarannya.

”Takkanlah saya sebagai seorang EXCO saya nak bersiakap biadap. Saya turun padang untuk buat kerja, saya berhadapan dengan 20 orang yang buat provokasi yang menentang saya.

”Jadi saya hadaplah. Suara mereka tinggi, saya kena tinggikan suara. Itu sahaja,” katanya.

Beliau turut menafikan ada mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya termasuklah ‘taknak cakap dengan orang tak bersekolah’ ketika insiden berkenaan berlaku.

”Saya tak cakap benda-benda yang kurang ajar. Betul. Saya tak ada keluarkan perkataan-perkataan macam yang orang kata. Macam orang tak sekolah, maki-hamun semua. Tak ada,” katanya lagi.

YB Norhizam merupakan EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri. Beliau yang merupakan ahli parti DAP menang dalam pilihanraya umum yang lalu setelah bertanding di atas tiket PKR dengan menewaskan dua calon lain iaitu wakil BN dan PAS untuk menduduki kerusi ADUN Pengkalan Batu.

Loading...