Sampai Melompat-lompat Aliff Syukri Bila Dapat Duit Dari Google, Patutlah Bukan Sikit Jumlah Dia Dapat

0
122

Sekiranya anda masih ingat, media ( mstar) pernah melaporkan bawahan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengakui mula berasa bosan dengan dunia glamor yang dikecapinya sejak terlibat dalam industri hiburan.

Menurut Aliff, sudah sampai masanya untuk beliau memperlahankan penglibatannya dalam industri seni terutamanya dengan imej ‘gila-gila’ seperti yang dikenali umum.

“Sebenarnya dalam tempoh beberapa bulan ini saya telah didatangi perasaan yang meminta supaya lebih merendah diri dan jangan terlalu kedepan dalam dunia hiburan.

“Saya menangis dalam solat dan terfikir yang saya perlu kurangkan membuat perkara yang tidak baik dan sebaliknya perlu mendekatkan diri dengan Allah.

“Umur juga sudah lanjut dan sebenarnya saya sendiri tak sanggup lihat apa yang anda tonton mengenai sikap saya di televisyen, katanya kepada mStar Online.

Aliff Dedah Hidupnya Terasa ‘Kosong’

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Aliff, 30, berkata dia sedar dan tidak mahu hanyut dalam kesenangan yang dikecapinya selama ini.

” Saya sudah berada dalam industri kosmetik lebih daripada 10 tahun, sudah sampai satu tahap saya dah rasa tak seronok keluar TV.

“ Sebelum ini saya terlalu hanyut dengan keseronokan, kehidupan saya sudah ada segala-galanya tapi saya kosong,” tambah Aliff.

Gembira Betul Dapat Duit Dari Google

Namun itu dulu, tidak lah terlalu lama, baru sahaja sebulan sejak beliau mengeluarkan kenyataan tersebut. Ini kerana video terbaru Aliff Syukri yang dikongsi di laman FB page ‘ rotikaya’ memaparkan beliau begitu seronok mendapat duit yang banyak hasil bayaran dari Google.

Dalam video tersebut Aliff Syukri dilihat melompat-lompat kerana terlalu gembira di mana beliau mendapat bayaran sebanyak RM53 ribu. Mungkin jumlah itu terlalu kecil buat beliau memandangkan taraf beliau yang bergelar jutawan.

Namun itu tidak menghalang beliau untuk melepaskan perasaan seronok sampai terlompat-lompat. Rata-rata netizen yang melihat aksi itu melemparkan kata-kata negatif, kerana sakit mata melihat aksi beliau itu.

Bagaimanapun ada juga yang memberi komen positif dengan menyebelahi Aliff Syukri apabila memuji beliau yang bijak menggunakan peluang untuk mendapatkan duit melalui bisnes pengiklanan Google.

Jom Baca Apa Komen Netizen Di Bawah

” Sebenarnya nya dlm hidup ni bila kita dah dpt kesihatan, kereta, motor, rumah, isteri yg baik patutnya kita bersyukur sbb ramai lagi yg tidak mempunyai apa yg di atas berbanding kita.”

” Jadi kesimpulannya kau tak payahlah beria-ria respon atau membawang kalau dia buat pe’el terkejal dia tu. Tu semua strategi dia nak viral. Bila viral dia dpt duit. Korang dpt apa? Buang air liur je. Bila dia menunjuk, kau pula sakit hati. Jadi tak payahlah kita bg publisiti murahan.Kadang2 bukan kita nak sangat tahu, tp page2 ni dok up pasal dia.”

” Dia ni bijak sebenarnye..,yg bodoh korang yg sakit hati duk tgk video dia…,share dan viralkan dgn harapan reramai maki dia..,korang tak sedar makin ramai org tgk video dia makin byk dia dpt duit free dr goggl.”

” Padan muka ntizen…. Duit xdpt… Dosa dpt…. Tgk.. Alif dpt duit…. Jgn ckp dy mnunjuk… Ckp jeh kau u olls jles… Sbb xmampu. N xdpt sume tu….korang xkaya lgi… Klu korang kaya… Conpirm2 korang pon mnunjuk n wat hal jgk..”

SUMBER : KL Viral