Respon Azmin Ali Tentang PTPTN, Beri Pendidikan Percuma Kepada Rakyat.

0
127

21 September 2018. Isu pendidikan percuma kembali hangat bilamana Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 Tun Dr. Mahathir Mohamad mula mempertikaikan para peminjam Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak menjelaskan pinjaman mereka.

Beliau, Tun Dr. Mahathir Mohamad berasa malu dengan tindakan para peminjam yang tidak mahu membayar pinjaman tersebut kerana peminjam tidak bersikap amanah dalam melangsaikan hutang dimana ia telah menjadi tanggungjawab kepada para graduan. Jumlah hutang Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) kini katanya telah menjangkau RM36 Bilion.

“Kita dapati rakyat Malaysia tidak begitu amanah, sebagai contoh kita bagi biasiswa atau pinjaman untuk mereka belajar di dalam dan luar negara tapi malangnya mereka tidak mahu bayar pinjaman balik. RM36 bilion hutang tidak dibayar kepada PTPTN, saya rasa malu tetapi mereka (peminjam) tidak. Gaji kalau RM2,000 bayar RM100 pun sudah mencukupi, mereka tidak bayar sebab tidak amanah.” katanya ketika menyampaikan syarahan perdana di Residensi Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Walaubagaimanapun berbeza dengan pandangan Azmin Ali iaitu selaku Menteri Ekonomi yang menyatakan bahawa pendidikan percuma merupakan tanggungjawab pihak kerajaan terhadap rakyat Malaysia. Dan, tambah beliau lagi bahawa hutang seperti PTPTN ini sepatutnya bukan bebanan kepada para peminjam, melainkan kalau sudah pakai kereta kancil dan ingin membeli kereta baru, itu barulah hutang bebanan.

Justeru itu, pandangan Azmin Ali adalah lebih kearah pendekatan terhadap rakyat, dengan keadaan ekonomi negara masih belum stabil sepenuhnya, sebolehnya isu PTPTN ini hendaklah dikotakan sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto sebelum ini, bila gaji cecah RM4000 barulah peminjam layak melunaskannya.

Bagaimana pendapat anda tentang isu PTPTN ini? Kongsikan pendapat anda diruangan komen, like dan share posting ini. Jangan lupa follow page Lubok Cerita Exoress untuk mengikuti info dan isu semasa.