“Remaja Kahwin Muda..” Sebab Takut Tidur Seorang

0
63

Remaja berusia 14 tahun dan 15 tahun dari daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan, Indonesia ini nekad mahu berkahwin di usia muda dengan alasan takut tidur bersendirian.

Pasangan itu yang masih bersekolah tular di media sosial selepas mereka mendaftarkan perkahwinan mereka baru-baru ini.

Laporan media Indonesia mendedahkan, pasangan itu datang ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng Khamis lalu untuk mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan dan mendapatkan pendaftaran perkahwinan.

Pada awalnya, permohonan perkahwinan pasangan itu ditolak kerana usia mereka yang terlalu muda. Namun selepas membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan mereka diluluskan.

“Nak Kahwin Muda Bukan Sebab Terla njur”

Menurut undang-undang di Indonesia, usia minimum untuk berkahwin bagi perempuan adalah 16 tahun, sementara lelaki 19 tahun.

Remaja perempuan itu berkata, dia bukan dipaksa kerana terla njur atau ham il, tetapi keinginan mereka sendiri.

Ketika ditanya apa sebab mereka mahu berkahwin, remaja perempuan itu memberitahu, dia takut tidur seorang kerana sering ditinggalkan berseorangan di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya pula sering ke luar daerah untuk urusan perniagaan.

Makin pelik remaja sekarang ni. Kahwin sebab takut tidur sorang-sorang. Banyak tengok cerita seram budak perempuan ni agaknya.

SUMBER :The Vitdaily

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express