Rayuan Aliff Syukri Selepas SST Dilaksanakan.

0
317

KUALA LUMPUR – Selama sepuluh tahun menjadi peniaga, Datuk Seri Aliff Syukri berkata pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SSt) pada 1 September memaksanya untuk menaikkan harga produknya.

VIDEO PENUH DIBAWAH

Sehari sahaja lagi menjelang pelaksanaan cukai tersebut, jutawan kosmetik itu juga menjangkakan jualan produknya akan merosot apabila pengguna sudah tentu akan mengambil pendekatan untuk berjimat cerma.

“Orang sekarang ini gaji RM3,000- RM4,000 dengar besar tapi mereka ini kedekut dulu RM100 sudah boleh pemutih, semualah beli dah ada SST sudah mereka nak berjimat.

“Saya terpaksa naikkan harga produk yg selama ini dah 10 tahun tak pernah naik,” katanya menerusi video yang dimuatnaik menerusi Instagram hari ini.

Malah Aliff Syukri mendakwa, kemunculan peniaga seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ pada masa kini juga mengakibatkan persaingan menjadi semakin sengit.

Sehubungan itu, beliau merayu kepada kerajaan untuk menangguhkan SST sehingga ekonomi kembali stabil.

“Pengeluar naik harga, saya merayu sebagai peniaga kecil, tolong kepada pihak kerajaan, pihak menteri, pemerintah, tangguhkanlah dulu SST tapi gara-gara itu barang semua naik harga dan saya sebagai peniaga yang telah 10 tahun berniaga ini terpaksa menaikkan harga.

“Kami sebagai peniaga baru sahaja hendak bernafas GST tidak ada tuptap tup tap muncul pula yang lagi satu ini (SST).

“Banyak sangat peniaga yang muncul dalam masa yang sama kuasa membeli-belah semakin berkurang,” tambahnya.

SST akan bermula pada Sabtu (1 September).

Sebelum itu, kerajaan Pakatan Harapan berpendirian pelaksanaannya bertujuan untuk mengelakkan kerajaan beroperasi dalam keadaan defisit.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata tanpa pelaksanaan sistem percukaian berkenaan, kerajaan akan mengalami kekurangan hasil sebanyak RM4 bilion pada tahun ini.-MalaysiaGazette

SUMBER : Kucing Hitam Media

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here