PU Amin Nak Taja 20 Geng LGBT Buat Umrah

0
95

PENCETUS Ummah, Amin, menerusi posting di Instagramnya mengajak golongan homoseksual untuk mengerjakan ibadah umrah.

Dalam perkhabaran itu, PU Amin turut memaklumkan segala persiapan kelengkapan umrah akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat penganjur.

Advertisement

Pun begitu, ia adalah terhad pada 20 orang sahaja. Bahkan, meletakkan syarat bagi golongan minoriti yang benar-benar mahu pergi menunaikan ibadah tersebut.

“Alhamdulillah bukan sekadar plan tapi bajet, hotel, flight semua dah setup. Tinggal nak cari orang sahaja. Jangan malu malu, pada Lesbian, Gay, Pondan, Mak Nyah, Pengkid, DM sahaja saya.

“Syaratnya anda wajib ikuti kelas bimbingan al-Quran, Akidah dan Fardu Ain dari saya. Kelas agama, kursus dan pakej umrah percuma. Saya buat 20 orang dulu. Esok kalau saya jutawan banyak duit saya buat satu kampung pula.

“Kami akan sponsor ihram, kit umrah. PU Amin nak taja 20 geng LGBT buat umrah total, hotel lima bintang. Ziarah semua akan bersama saya. Saya mutawif khas anda. All in tanggung dan sponsor. Just korang geng LGBT bawa hati bawa jiwa untuk bertemu ALLAH di Makkah dan Madinah.

“DM tau. Kita akan adakan pertemuan tertutup. Saya nak bawa anda pergi umrah. Kita saksikan bersama Kaabah. Saya tegur tegur nasihat nasihat, sebab saya sayang. Ini pelaburan akhirat saya. Ayuh DM segera,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen majoriti pengikut PU Amin menyifatkan tindakannya berhati mulia.