Pokok Guarana Mampu Jana RM250,000 Satu Ekar, Bakal Lonjak Nama Malaysia

0
882

Tanaman guarana berpotensi jana RM250,000 setiap ekar – Risda

ALOR SETAR: Pada peringkat awal, di beberapa negeri di utara Malaysia sekitar 35,000 pekebun kecil getah sedia mengusahakan tanaman guarana di tanah seluas sekitar 4,000 hektar.

Projek ini menjadi perintis bagi cita-cita menjadikan Malaysia negara pengeluar terbesar guarana, bahan asas untuk produk minuman kesihatan, ubatan herba dan bahan kecantikan di Asia.

Risda diwakili Ahli Pihak Berkuasa Senator Shahanim Mohamad Yusoff memeterai Memorandum Persefahaman dengan Ritz Guarana Plantation Holdings Berhad diwakili Pengarah Urusan Datuk Ibrahim Yahya.

Projek tanaman guarana yang mendapat permintaan tinggi di Taiwan, Korea dan Jepun itu akan bermula Januari depan.

Risda membekalkan biji benih y4ng dibawa oleh Ritz dari Brazil, untuk ditanam secara komersial di negara ini.

Menurut laporan Bernama, pekebun diberi khidmat nasihat dan panduan berkaitan penanaman dan hasilnya dijual semula kepada Risda pada harga RM200 sekilogram.

Beliau berkata tanaman itu senang dijaga dan setiap pekebun hanya memerlukan modal permulaan sekitar RM50,000 untuk sekali pusingan tanaman dengan pulangan sekitar RM250,000 bagi setiap ekar tanaman.

Kebaikan dan Manfaat Guarana untuk Kesihatan

Asal usul Guarana

Pada tahun 1821, ahli botani Dr, Bavplana dan Dr. Humboldt dari Brazil menamakan tumbuhan ini sebagai Paulina Cupana. Orang asli di Amazon pada mulanya menamakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok Paulina Cupana sebagai Guarana. Pokok Paulina Cupana merupakan warisan penting yang harus diturunkan kepada generasi masa depan. Orang asli di Amazon mengunyah biji benih Guarana untuk menguatkan badan mereka. Pokok Guarana ini hanya sesuai dan terdapat di Brazil dan Venezuela sahaja.

Ahli farmasi Alexandre de Avila Borges Junior, mengesahkan bahawa, Guarana yang ditanam di Brazil adalah sejenis makanan kesihatan semulajadi yang boleh diambil dengan selamat tanpa sebarang kekhuatiran terhadap ketagihan dan Guarana adalah kunci awet muda dan sumber tenaga keremajaan yang utama.

Antara Khasiat Guarana

Melancarkan pembuangan air besar dan kecil
Mengembangkan saluran darah
Mengurangkan rasa mengantuk
Mengurangkan sakit kepala – migraine
Agen awet muda
Agen Hipotemia –
Meredakan demam
Membantu menurunkan berat badan
Membantu menguatkan sistem saraf
Membantu mengosongkan kandungan usus
Sebagai tonik menguatkan ketahanan badan
Merangsang otak dan kognitif dan menguatkan daya ingatan
Meningkatkan dan menambah tenaga seksual lelaki dan perempuan
Pengakuan Pakar

Sarjana Perancis Gonseiu Duhhjafa menyebut dalam sebuah laporan berjudul The Products of Guarana: “Guarana adalah 100% organik. Ia mengandungi sebilangan besar bahan organik seperti guaranin dan tannin (melindungi dari kerosakan DNA) yang baik kepada badan manusia”.

Kajian Dr. Berredo Carneiro dari Brazil, Sarjana Eropah seperti Dr. Martins Deehastelus, Peekalt Greena dan Dr. Nirsleiner mengesahkan dalam laporan kajian mereka; Guarana mempunyai kemujaraban yang mengagumkan. Ia mempunyai kesan diuretik dan hipotemia, baik bagi perut dan usus, mencegah gastrik ulser selain dapat meningkatkan pencernaan, meningkatkan penyerapan nutrien dan keupayaan seks. Juga menggalakkan metabolisme organ badan dan membaiki tisu organ dalaman”.

SUMBER : Info News

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express