Perhimpunan Aman Bertukar Kecoh

0
159

PERHIMPUNAN aman Majlis Penge bumian Institusi Peguam Negara di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur anjuran Pemantau Malaysia Baharu (PMB) bertukar kecoh selepas cubaan mereka untuk berarak ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dihalang oleh polis.

Kekecohan mula berlaku apabila Pengerusi PMB Datuk Lokman Noor Adam tidak berpuas hati dengan kumpulan busker yang membuat persembahan di sebelah tempat mereka berkumpul.

Ini kerana Lokman mendakwa pembesar suara yang digunakan pemuzik itu sengaja dikuatkan bagi menghalang ucapan daripada pihaknya.

Lokman kemudian meminta anggota polis yang turut berada di kawasan itu mengarahkan persembahan berkenaan dihentikan atau mereka akan mula berarak.

Namun, cubaan kumpulan seramai kira-kira 50 orang itu dihalang oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah.

Halangan itu kemudian mencetuskan kekecohan sehingga Unit Tempur Ringan (LSF) terpaksa dikerah ke lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan kembali tenang selepas pihak polis mengawal kumpulan itu dan meminta supaya perhimpunan ditamatkan dengan segera.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here