Pergi Tak Kembali, 5 Kisah Pendaki Everest Ini Yang Sangat Memilukan

0
237

Sebagai gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest sudah semestinya menjadi tarikan para pendaki untuk menakluk dan merealisasikan impian mereka. Namun cabarannya bukan sesuatu yang mudah, ramai di antara mereka telah kehilangan nyawa di puncak gunung tersebut.

Berikut adalah individu-individu yang tewas ketika ekspedisi memanjat gunung yang terletak di negara Nepal dengan ketinggian 8,850 meter dari permukaan laut itu.

#1. George Mallory dan Sandy Irvine.

Mereka berdua mendaki Everest pada tahun 1924 dan hilang selama 75 tahun. Mayat Mallory dijumpai oleh pendaki China pada ketinggian 8.156 meter namun mayat Irvine masih belum ditemui.

#2. Maurice Wilson.

Menggunakan kapal terbang untuk kepuncak Everest, Wilson mati kesejukan pada tahun 1935. Mayatnya ditemui dalam timbunan salji yang tebal tetapi kapal terbangnya hilang secara misteri.

#3. Hannelore Schmatz dan Ray Genet.

Berlaku pada tahun 1979, mereka berdua mengalami keletihan yang teramat sangat lalu bermalam di death zone. Namun pada malam itu berlaku ribut salji menyebabkan mereka berdua mati akibat hipotermia.

#4. Karl Gordon Henize.

Pada tahun 1993, seorang professor dan angkasawan NASA, Henize mengambil cuti untuk mendaki Everest. Dia juga ingin menguji alat NASA yang membezakan suhu di Everest dan di angkasa. Namun pada hari kedua dia mengalami kegagalan paru-paru dan mati pada ketinggian 18,000 kaki.

#5. Francys Arsentiev.

Dia ingin mencipta rekod menjadi wanita pertama Amerika ke puncak Everest tanpa menggunakan oksigen tambahan dan pemandu arah. Namun ketika suaminya berhenti di kem, Francys meneruskan perjalanan tetapi tewas akibat kesejukan yang melampau pada tahun 1998.

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express