Pergaduhan Besar Warga Timur Tengah Di Bukit Bintang Cetuskan Keresahan Orang Ramai

0
184

Posted by Teabeng Viral on Friday, August 17, 2018

Bukit Bintang sememangnya terkenal di Kuala Lumpur sebagai tempat membeli belah mewah. Tapi tidak kurang juga menjadi tempat pergaduhan kumpulan gengster dan kongis gelap.

Pelbagai laporan dapat kita lihat melalui media massa mengenai kes2 pergaduhan di tempat ini. Antaranya sebelum ini pernah dilaporkan  mengenai satu Pergaduhan Kumpulan Gengster  yang menyebabakn berlaku satu  letupan Di Bukit Bintang

Pergaduhan Kumpulan Gengster Punca Letupan Di Bukit Bintang – Polis

KUALA LUMPUR: Pergaduhan melibatkan kumpulan gengster dipercayai sebagai punca insiden letupan di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang pada Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kumpulan gengster mungkin menjadi punca kejadian letupan, yang dipercayai menggunakan bom tangan, tetapi polis sedang menyiasat kes itu dari semua sudut.

Seorang joki kereta cedera parah dalam letupan itu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dan dimasukkan ke HKL dan Hospital Tung Shin.

Khairi berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 4.25 pagi.

“Ketika kejadian, sebahagian mangsa mahu menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire apabila satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu.

“Mangsa-mangsa merupakan pelanggan pub dan penghuni di hotel-hotel berdekatan.

“Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda dan BMW turut rosak dalam letupan itu,” tambahnya.

Kes itu diklasifikasikan sebagai cubaan untuk membunuh di bawah Akta Senjata Api.

Sebuah video pergaduhan yang dipercayai berlaku di Bukit Bintang yang melibatkan beberapa kumpulan sedang berlegar2 di media sosial.

Punca pergaduhan masih belum dikenal pasti, tapi berdasarkan video yang tersebar di media sosial, dapat dilihat flying kick dan tumbuk menumbuk yang agak ganas berjaya dirakam. Jika diteliti dari fizikal  mereka yang terlibat kelihatan dari negara timur tengah.

SUMBER : Sembang Tular