Penipu! Penipu! Penipu! – Tajuddin

0
268

Anggota  Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa Melayu hari ini telah hilang kuasanya selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata, ini kerana kerajaan yang ditadbir Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini telah dikawal oleh kalangan bukan Melayu.

“Pada hari ini, kita telah kehilangan kuasa, orang Melayu telah kehilangan kuasa. Lebih separuh daripada jawatan dalam kerajaan hari ini dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam.

“DAP sendiri mempunyai lima atau enam jawatan, dan mereka juga mempunyai lebih banyak timbalan menteri. Separuh daripada kerajaan adalah kerajaan DAP,” katanya kepada ribuan yang menghadiri Himpunan Kebangkitan Melayu di Pekan Kampung Gajah di Pasir Salak, Perak, malam tadi.

Untuk rekod, 17 daripada 28 menteri dalam kerajaan HARAPAN adalah orang Islam Melayu manakala dua lagi adalah bumiputera bukan Islam. Manakala sembilan yang lain bukan Melayu.

Dalam ucapannya juga, Tajuddin turut mendakwa DAP berpura-pura menerima Islam sebagai agama persekutuan dan keistimewaan Melayu seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“DAP, kita tahu muslihat mereka. Mereka ini berpura-pura menerima Perlembagaan Persekutuan, menerima Islam sebagai agama Persekutuan, menerima hak istimewa orang Melayu.

“Tapi, kita tahu mereka ini penipu,” tegas Tajuddin disambut sorakkan hadirin.

SUMBER : Kini Tv

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here