Pengawal Masjid Ini Dulu Hanya Boleh Cakap Kelantan Kini Viral Kerana Kuasai 7 Bahasa Dunia

0
142
Zakat Untuk LGBT

10 Golongan Songsang Termasuk LGBT Layak Terima Zakat. Apa Komen Anda??

Posted by Metafora Anafora on Wednesday, September 5, 2018

Seorang pengawal keselamatan Masjid Putra di Putrajaya dikatakan mempelajari tujuh bahasa demi memudahkan proses berkomunikasi dengan para pelancong di situ

Pengawal keselamatan tersebut yang hanya dikenali sebagai Khairul dilaporkan mula berkhidmat di masjid tersebut sejak 15 bulan yang lalu.

Khairul yang kebiasaannya bertugas selama 12 jam setiap hari, kadang kala akan bertugas lebih masa pada hari-hari tertentu, namun itu tidak menghalang beliau untuk mempelajari bahasa baharu pada penghujung hari, lapor akhbar Sinchew.

Khairul yang merupkan anak jati Kelantan telah mengaku bahawa pada mulanya dia menghadapi masalah komunikasi kerana loghat yang diguna olehnya agak sukar difahami oleh orang sekeliling

Justeru, dia berusaha untuk mempelajari bahasa Malaysia (tanpa loghat) dan tiga bulan kemudian, dia berjaya berkomunikasi dengan semua orang dengan selesa.

Dia kemudiannya mengambil inisiatif mempelajari tujuh bahasa lain bagi memudahkannya komunikasi dengan pelancong masjid berkenaan iaitu bahasa Mandarin, Vietnam, Korea, Jepun, Thailand, Parsi dan Inggeris.

Masjid ini merupakan destinasi pelancongan, kita perlu memahami bahasa mereka kerana sesetengah pelancong tidak begitu memahami arahan dalam bahasa Inggeris dengan baik. Untuk kemudahan mereka, kita perlu mempelajari bahasa mereka sekiranya keadaan memerlukan,” jelas Khairul.

Khairul tidak mendapat pembelajaran rasmi, oleh itu dia berusaha untuk belajar dengan cara mencatat setiap ayat yang dibetulkan oleh para pemandu pelancong dan pelancong kepadanya dalam buku nota khas kepunyaannya

Khairul kemudiannya akan mengulangi setiap ayat atau perkataan yang baru diketahuinya dalam masa seminggu supaya dia biasa dengan penggunaan ayat yang sepatutnya.

Proses pembelajarannya juga tidak diambil mudah. Khairul akan mula dengan perkataan dan sebutan, seterusnya dia akan mempelajari frasa dan pembinaan ayat yang sepatutnya.

Selain itu, Khairul turut mendedahkan bahawa para pelancong lebih bersedia mematuhi arahannya jika dia bercakap dalam bahasa mereka.

Manakala sejak video Khairul menjadi tular di media sosial, pihak stesen radio pantas memanggil beliau untuk di temubual.

Pelancong yang tidak patuh dengan peraturan berpakaian dalam kawasan masjid perlu meminjam jubah (dari masjid). Kami akan menasihatkan wanita untuk menutup bahagian rambut dan memastikan pakaian mereka cukup sopan sebelum memasuki masjid,” tambahnya lagi.

Loading...