Pendedahan ‘Street Dakwah’ Syiah

0
131

Kami pernah dihubungi oleh seorang wanita yang meminta izin untuk melakukan ‘Street Dakwah’ di lokasi yang kami sering lakukan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Katanya ketika menghubungi kami yang mereka mahu mengedarkan 3000 donut dan risalah ‘Who Is Hussein” kepada orang ramai di kawasan tersebut.

Apabila kami meminta latar belakang gerakkan mereka, mereka memberikan laman sesawang “Who Is Hussein” ( https://whoishussain.org/ ) yang bertapak di United Kingdom. Apabila kami menyemak, keseluruhan laman tersebut penuh dengan agenda untuk menormalisasi gerakkan Syiah. Mereka mengutamakan isu kebajikan di samping mempromosi ketokohan Sayyidina Hussein. Katanya ingin menghilangkan salah faham terhadap Sayyidina Hussein dan untuk menyatukan antara Sunni dengan Syiah

Persoalannya siapakah umat Islam yang ada salah faham terhadap Sayyidina Hussein? Ia tidak pernah timbul isu kerana semua umat Islam sayang dan percaya beliau adalah cucu kesayangan Baginda nabi SAW. Tidak ada umat Islam yang menghina atau memperendahkan kedudukan beliau itu.

Jika mereka menggunakan alasan ingin menyatukan Sunni-Syiah, apa solusi yang boleh menyelesaikan antara dua situasi bagai minyak dan api. Satu kelompok apabila disebut nama sahabat nabi mereka akan menyahut “Radiallahuanhum ajmaie” (Semoga Allah meredhai kesemuanya)”manakala satu kelompok lagi apabila disebut nama sahabat nabi mereka akan menyahut “Laknatullah alaih” atau “fi narr” (Laknat Allah atau di dalam neraka)”Jadi bagaimana hendak pertemukan dua kelompok ini. Malah ramai ulama besar telah melakukan usaha ini tetapi gagal, antaranya Dr Yusuf Al Qaradhawi juga pernah usahakan penyatuan Sunni Syiah tetapi tidak berjaya malah menarik balik ijtihadnya terdahulu dan mengaku beliau tersilap.

Apabila kami bertanya kepada mereka ini, kenapa tidak mahu mempromosi nabi Muhammad SAW sahaja jawabnya, nabi itu adalah nabi dan dia bukan orang biasa. Katanya mereka ingin mempromosi seorang tokoh yang mana dia adalah orang biasa tetapi dihormati oleh semua orang. Kami menjawab bahawa, apa al Quran sebut tentang nabi Muhammad adalah Baginda adalah suri tauladan untuk manusia (al Ahzab: 21) dan mengapa kalian perlu ada sikap untuk mengelak daripada mempromosi nabi Muhammad sebagai suri tauladan? Mengapa ia diketepikan?

Jika bukan nabi Muhammad pun mengapa tidak sahabat yang lain, juga merupakan manusia biasa. Malah ilmuan barat Micheal H. Hart di dalam bukunya The 100 menyenaraikan Umar al Khattab disenarai 52 orang yang berpengaruh. Mengapa tidak mempromosi ketokohannya? Jika mahu mempromosi cucu nabi sahaja mengapa tidak cucu yang lain?

Walaupun mereka mengatakan di dalam laman sesawang tersebut tidak ada satupun doktrin Syiah, tetapi jelas di dalam laman tersebut mengatakan Sayyidina Hussein sebagai imam (maksum cara fahaman syiah), dan dipenuhi dengan gambar-gambar Syiah serta kubur Sayyidina Hussein di Karbala. Malah di dalam laman sesawang tersebut ada perkataan yang menghina Yazid Ibn Muawiyyah serta mahu menghidupkan hari Asyura pada 10 Muharram di Karbala.

Kesemua ini adalah agenda halus untuk menyelesakan masyarakat kepada fahaman Syiah. Agenda halus sebegini kami sudah lama hadapi di dalam gerakkan Kristian dan juga gerakkan agama baru (cult) yang menampakkan fokus kepada kebajikan tetapi di sebalik itu membawa ideologi tertentu. Jika tidak, mengapa perlu untuk mereka mahu menyebarkan risalah ‘Who Is Hussein’?

SUMBER : fakirilmu.com