Penanaman Ketum Dibenarkan – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

0
26

PENANAMAN ketum tanpa kebenaran pihak berkuasa akan menjadi satu kesalahan di negara ini, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, menanam ketum perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan dan tumbuhan itu tidak boleh ditanam secara sesuka hati selepas ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) bersetuju akta berkaitan dipinda bagi memasukkan kesalahan menanam ketum tanpa kebenaran.

Advertisement

“Mengikut peruntukan undang-undang, bahan ‘mitragynine’ yang terkandung di dalam pokok ketum adalah tersenarai dalam Jadual Ketiga, Bahan Psikotropik, Akta Racun 1952.

“Bahan ini dikawal di bawah seksyen 30, Akta Racun 1952 iaitu pengawalan bagi import, eksport, pembuatan, penjualan, dan lain-lain bahan psikotropik,” katanya selepas mempengerusikan JKMD di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, sebagaimana sedia maklum penanaman ketum buat masa ini adalah dibenarkan cuma apabila ia dituai dan dijual adalah menjadi kesalahan.

“Jadi selepas ini sesiapa nak tanam (ketum) kena mohon,” katanya – Harian Metro