Pelajar Sekolah Akan Mula Belajar Tentang 1MDB Dalam Subjek Sejarah. – Mazlee Malik

0
154

Menteri Pendidikan Maszlee Malik mememberi jaminan skandal 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia agar generasi masa depan tidak akan mengulanginya.

“Saya boleh memberi jaminan bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia supaya generasi di masa depan tidak akan mengulanginya.

“Begitu juga dengan jenayah besar yang dilakukan ahli politik seperti menyamun (harta negara),” katanya di Dewan Negara ketika sesi soal jawab hari ini.

Maszlee yang berucap bagi kementeriannya berkata demikian ketika menyentuh usaha mengkaji semula subjek Sejarah di sekolah.

Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan secara spesifik sama ada isu 1MDB akan dimasukkan dalam kurikulum sekolah.

Anggota parlimen Simpang Renggam itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang mengingatkan bahawa sejarah buruk akan diulangi jika rakyat tidak tahu tentang sejarah.

“Jika kita tidak tahu sejarah, maka berkemungkinan kita akan mengulangi keburukan sejarah yang pernah dilalui, dan saya ingin tahu ada berapa sekolah swasta di negara yang mengambil (subjek) Sejarah seperti 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina.

“Apakah tajuk dan fakta sejarah yang menjadi kontroversi negara ini?” soal Ahmad.

Video Penuh :

Adakah wajar topik ini diletakkan dalam subjek Sejarah sekolah pada masa akan datang? Apa pun kita harus lihat dari semua sudut dan perkara ini belum lagi diputuskan lagi sepenuhnya.

SUMBER : Malaysia Kini