Paru2 Hancur Dan Tulang Belakang Patah, Seorang Anggota Bomba Kini Bertarung Nyawa di ICU Akibat Dibelasah Perusuh Kuil

0
394

Pada jam 1 pagi tadi, telah berlaku sekali lagi rusuhan di Kuil Maha Mariamman yang membabitkan perusuh yang telah menyerang tapak kuil tersebut. Kehadiran pihak berkuasa seperti PDRM dan badan beruniform lain telah ditempatkan di lokasi kejadian.

Namun dalam kejadian tersebut, seorang anggota bomba dari balai bomba Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim 24 tahun telah dilaporkan cedera parah apabila tidak sedarkan diri kerana mengalami kecederaan pada tulang rusuk dan beberapa kecederaan dalaman.

Berikutan ikut, mangsa telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Subang Jaya Medical Centre.

Kenderaan Jentera Bomba Remuk Diserang Perusuh

Menurut Harian Metro, sebelum kejadian tersebut pihak bomba telah datang ke lokasi Kuil Maha Mariamman untuk memadamkan kebakaran kereta di luar kuil.

Ketika sedang menjalankan tugas, pasukan bomba tersebut telah diserang pasukan perusuh sehingga telah mengakibatkan anggota bomba tersebut tidak sedarkan diri sebelum diselamatkan oleh orang awam.

“Akibat diserang perusuh, mangsa yang dipercayai mengalami patah tulang rusuk serta kecederaan dalaman lain kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Van Bomba Turut Pecah Cermin Diserang Perusuh

Serangan turut menyebabkan dua jentera bomba dirosakkan kumpulan perusuh dianggarkan seramai 1,000 orang. Akibat diserang dengan objek keras, cermin depan dan belakang pecah, tayar pecah serta tercabut, pintu jentera tercabut selain kemek pada bahagian badan kenderaan.

Bomba Baru Sampai, Dah Kena Serang

Kenapa Pelaku Bertindak Begini?

Di laman page Facebook Friends of Bomba Malaysia, ramai yang mempersoalkan tindakan pelaku yang bertindak kasar kepada anggota bomba.

Mangsa dipercayai telah diserang dengan objek keras, melihatkan kepada kecederaan yang dialami sehingga tulang rusuk patah, dan paru-paru dilaporkan pecah.

Semoga anggota bomba Muhammad Adib berada dalam keadaan stabil dan didoakan pulih daripada kecederaan. Mohon doa daripada rakyat Malaysia.

SUMBER : Oh Media