Pantang Kena Cucuk. Berdesup Honda Type R Ini Pergi. Sekali Bila Berhenti Lelaki Ini Beritahu Sesuatu Kepada Pemandu Honda Yang Pasti Buat Dia Cuak

0
77

Budak HONDA pantang dicabar? Video yang dimuat naik oleh page Facebook Messyuk Channel telah mendapat hampir 300k tontonan hari ini. Hampir 3 ribu perkongsian, 3 ribu likes dan 1100 komen.

Video tersebut menunjukkan seorang lelaki cuba untuk memberitahu lelaki yang sedang membawa Honda Civic Type R sesuatu tetapi tiba tiba pemandu Honda Type R itu memecut laju. Adakah dia rasa tercabar?

Rata rata komen di laman sosial Facebook mengatakan pemandu Honda Type R ini mesti sangka lelaki ini ajak berlumba. Kenapa mesti berlumba? Jika dilihat pada video, terdapat banyak juga kereta di atas jalan dan jalanraya tersebut adalah 2 lane sahaja.

Gelak lelaki yang cuba mengejar pemandu Honda Type R ini sebab dia nampak semangat pemandu Honda ini memecut laju.

Laaa.. Spoiler Tercabut Rupanya .. Adeh !

Gambar Contoh Sahaja

Bila tiba di traffic light untuk masuk simpang, lelaki ini terus memberitahu sebenarnya dia nak bagitahu bahawa spoiler kereta Honda dia tercabut di jalan belakang dan jaraknya agak jauh (munkin dah lama lelaki ini cuba mengejar kereta Honda ini).

Memang terkejut la pemandu Honda tersebut bila dia diberitahu spoiler belakang tercabut. Samada dia berjaya ambil balik spoiler Honda itu kami tidak dapat pastikan.

Rata rata netizen mengecam pemandu Honda tersebut kerana cepat sangat rasa lelaki ini ajak berlumba.

Tapi kita jangan stereotaip kan pemilik kereta Honda terutama Honda yang telah dimodifikasi. Rasanya kereta kereta lain juga akan buat begini bila secara tiba tiba ada kereta yang setaraf dengan mereka cucuk belakang.

Dinasihatkan janganlah berlumba di jalan raya terutama jalan sempit dan jalan penuh kereta. Malang tidak berbau.

Apa pun tahniah kepada lelaki yang tolong bagitahu pemandu Honda tersebut.

Loading...