Operasi Khalwat: ‘Bukan Level Saya Layan Netizen’ – Dr Mujahid

0
148

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof dilihat terkesan dengan komen-komen di media sosial ketika menjawab persoalan berhubung isu operasi khalwat yang timbul sejak beberapa hari kebelankangan ini.

Dalam sesi sidang media hari ini, beliau kelihatan sentap dengan memberi maklum balas yang menunjukkan seolah-olah seseorang yang sedang merajuk.

“Macamlah Menteri Agama (dirinya) ni bodoh sangat. Macam la Menteri Agama (dirinya) ni takda agama dalam diri dia. Please..!!” kata Mujahid dengan wajah yang agak tegang.

Mujahid juga sempat merendah-rendahkan netizen yang memberi komen mengenai kenyataannya tempoh hari berkaitan tiada lagi operasi khalwat, dengan membandingkan tarafnya sebagai menteri dan netizen yang hanya rakyat biasa.

“Yang cakap orang di media sosial ni saya tak heran. This is not our level to discuss with them. (Bukan taraf saya/kami untuk layan netizen),” tambah Mujahid lagi.

Tidak sepatutnya seorang yang bergelar Menteri mengeluarkan kenyataan menghina seperti itu walau apa tujuan sekalipun.

Mujahid seharusnya mengambil kira semua pandangan dan apabila memberi komen atau sesuatu kenyataan, fikirkanlah juga impaknya. Jangan sampai ianya menghina rakyat.

Sebelum ini Mujahid seperti yang dilaporkan The Star, mengarahkan semua operasi tangkapan khalwat dihentikan, tiada lagi pintu diketuk sebelah malam, tiada lagi pintu yang akan dipecahkan.

Berita itu sedikit sebanyak menggembirakan golongan yang gemar melakukan maksiat dan persetubuhan di luar nikah kerana tiada lagi penguatkuasa yang akan menangkap mereka dan aktiviti maksiat dapat dijalankan dengan tenang dan harmoni asalkan dilakukan secara tersembunyi.

Bagaimanapun sehari selepas teruk dihentam di media sosial, Mujahid mula u-turn dan menukar kenyataannya dengan menuduh kononnya media telah memutar-belit kenyataannya walaupun sebelum itu ketika ditanya oleh wartawan Sinar, Mujahid menegaskan tiada yang salah dengan kenyatannya pada kali pertama dan akan memberi maklum balas lengkap pada hari ini (Isnin).

Nampaknya, pemimpin Pakatan Harapan (PH) semuanya kaki u-turn dari Perdana Menteri sampailah ke Menteri dan pimpinan-pimpinan kecil yang lain. Tidak ada satu kenyataan pun yang boleh dipegang kerana bila-bila masa sahaja mereka akan u-turn.

Jika tidak tahu menjadi menteri lebih baik letak jawatan dan berilah pemimpin lain yang mengetuai kementerian. – AbuLeman

Loading...