Nik Omar Nik Abdul Aziz akhirnya dedahkan sebab sebenar mengapa dia pilih Pakatan Harapan. Ini Ibu Nik Omar….Tak Sangka!

0
373

KOTA BHARU: “Ambo tidak tinggal PAS, cuma ambo pilih Pakatan Harapan, sebab ambo yakin dalam situasi politik sekarang ini, Harapan lebih berdaya maju,” kata calon Dun Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz di Kadok disini.

Menurutnya, beliau melihat Harapan lebih berdaya saing untuk menggantikan kerajaan sedia ada memandangkan gabungan yang ada dalam pakatan itu mempunyai kekuatannya sendiri.

“Kita dalam bidang politik, kalau bersendirian, tidak mampu untuk menang banyak kerusi, apatah lagi untuk menguasai Malaysia.

“Tapi dengan gabungan ini, Insya-Allah keempat-empat parti ini ada kekuatan masing-masing, jadi keyakinan dan situasi itulah ambo pilih Pakatan Harapan,”katanya.

Anak bekas Mursyidul Am PAS yang mengejutkan semua pihak dengan keputusan bertanding atas tiket Harapan itu juga memberitahu, beliau sentiasa menghormati pandangan mana-mana parti gabungannya.

“Kalaulah pimpinan PAS berkeyakinan dengan caranya, kita hormat, tapi untuk individu, ambo lebih yakin dengan Pakatan Harapan.

“Macam kita berada dalam koperasi pertanian, kumpulan itu, ada padangan berbeza, seorang nak pelihara lembu dari baka siam. Seorang lagi nak ambil baka Australia. Akhir sekali keputusan diambil adalah baka siam. Sedangkan seorang lagi tetap nak pertahankan baka Australia itu.

“Akhir skali dio pecat..jadi ambo bukan keluar daripada agama, tapi organisasi. Organisasi ini kekal. Ambo tidak keluar, tapi ambo dipecat, tidak ada masalah, kita sebut alhamdulillah,” jelasnya.

sumber: mstar

Ibu mahu Nik Omar tewas?

KOTA BARU: Seorang ibu terpaksa campur tangan dalam perbalahan politik membabitkan dua anak lelakinya.

Balu bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berkempen menentang anak sulungnya Nik Omar sebagai tanda sokongan terhadap anak keempatnya, Nik Abduh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Tuan Sabariah Tuan Ishak seolah-olah dilihat mahu calon Pakatan Harapan Nik Omar tewas di Chempaka manakala calon PAS yang mempertaruhkan anak keempatnya, Nik Abduh menang di Bachok.

Beliau pada asalnya hanya mahu menumpukan kempennya di Bachok atas faktor kesihatan tetapi terpaksa turun padang bagi membantu calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood dan Ahmad Marzuk Shaary masing-masing memenangi kerusi DUN Chempaka dan Parlimen Pengkalan Chepa.

Ini kerana Tuan Sabariah kecewa kerana gagal menghalang Nik Omar daripada bertanding menentang parti yang pernah diterajui suaminya.

Susulan itu, beliau memutuskan untuk menyertai jentera Muslimat di sana, kata Nik Abduh dalam posting di Facebooknya.

Bagi pihak keluarganya, Nik Abduh memohon maaf kepada jentera PAS di seluruh negara dan rakyat Malaysia berhubung keputusan abangnya untuk lompat parti pada hari penamaan calon.

“Ia sesuatu yang amat sukar. Bonda memilih untuk berehat beberapa hari bagi merawat luka hatinya,” kata Nik Abduh merujuk keputusan abangnya yang memilih untuk menyertai Pakatan Harapan.

Tambah Nik Abduh, hati ibunya terluka akibat ‘tembakan’ yang dilepaskan semenjak lebih 30 tahun lalu oleh seorang lelaki bernama Ikram, merujuk kepada keputusan Nik Omar untuk menyertai Ikram.

Nik Abduh berkata ibunya juga terluka kerana Nik Omar memilih untuk bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menahan salah seorang anaknya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih 15 tahun lalu.

“Tun dan Ikram itu hari ini bersama-sama bersatu bekerja keras meruntuhkan kerajaan Islam negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS,” katanya.

sumber: mstar

DISEDIAKAN OLEH : MD ASRUL