Netizen Selar Kenyataan Tamrin Sebagai Melampau

0
143

KUALA LUMPUR – Ekoran dari penulisan kritikan yang dibuat terhadap Tengku Mahkota Johor, netizen menyifatkan kenyataan Datuk Tamrin Tun Abdul Ghafar adalah sebagai melampau dan keterlaluan.

Tamrin baru-baru ini menulis di laman sosial Facebooknya mengkritik Tunku Ismail dengan memanggil beliau sebagai ‘budak’ dan pihak polis perlu mengambil tindakan terhadapnya sama seperti orang awam.

Melalui komen-komen yang dibuat oleh netizen, rata-ratanya meluahkan rasa Tamrin sangat melampau kerana mengkritik setiap tugasan atau kerja yang dibuat oleh Tunku Ismail.

Netizen menyifatkan Tamrin sebagai sudah tidak betul kerana tidak belajar dan mengetahui sejarah tentang perlembagaan kerajaan dan institusi Diraja Johor.

Ada juga mengatakan Tamrin sebagai tidak ‘sedar’ dan nyanyuk ketika menulis kritikan tersebut sehingga menulis tanpa menggunakan fakta dan maklumat yang tepat.

Terdapat jugak netizen yang bukan rakyat Johor berang dengan tindakan menulis Tamrin itu kerana tidak melambangkan nilai hormat yang ditekankan oleh Tamrin sendiri dalam penulisannya.

Bahkan, ada juga netizen menyifatkan Tamrin sengaja mencari populariti untuk menaikkan namanya sahaja.

Semalam, Pengasas Angkatan India Setia Johor (AISJ) S. Deva menyifatkan tulisan anak bekas Timbalan Perdana Menteri terhadap Tunku Mahkota Johor sebagai celupar, menghasut dan tidak sewajarnya dipandang ringan.

Beliau menggesa kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kerana artikel tulisannya dianggap menghina dan cuba menjatuhkan maruah Institusi Diraja di negara ini.

Baca selanjutnya :

http://www.quiz2u.online/index.php/2018/10/07/netizen-selar-kenyataan-tamrin-sebagai-melampau-patut-ditahan-polis/