Najib Tanya Hari Ini Hari Apa? Hari Terkejut? Status Najib Ini Dapat Perhatian Netizen

0
417

Selepas tewas pada Pilihanraya Umum ke-14 pada beberapa bulan yang lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil keputusan meletak jawatan sebagai presiden UMNO.

Walaupun sudah ‘merehatkan diri’, beliau dilihat begitu aktif menyuarakan pendapat dan membidas tindakan pemerintah terkini di laman sosial Facebook.

Terbaru, kes Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menjadi perhatian nasional turut mendapat perhatian Najib Razak. Dalam satu status yang dimuatnaik sebentar tadi, Najib Razak seakan menyindir keadaan semasa yang berlaku hari ini.

SPRM Terkejut

Menurut laporan Berita Harian, Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan mengakui terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang melepaskan dan membebaskan Lim Guan Eng. SPRM menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM.

Tun Pun Terkejut

Terbaru, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terkejut dengan penarikan kes pendakwaan rasuah terhadap Menteri Kewangan itu. Bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan keputusan mahkamah sudah dibuat dan semua pihak perlu menghormati perkara itu.

Itu keputusan mahkamah dan saya tidak pernah mempersoalkan keputusan mahkamah. Mahkamah yang buat keputusan, kita kena terima. Jika ada yang tidak boleh terima (keputusan itu), mereka boleh buat rayuan (untuk pendakwaan semula).

Status Najib Razak itu mengundang perhatian netizen dan mendapat lebih 21 ribu likes oleh pengguna Facebook. Rata-rata turut ‘geli hati’ dengan isu semasa yang berlaku pada hari ini. Siapa lagi yang akan terkejut esok?

SUMBER : Cegini Media

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here