NAJIB GELAR MAT SABU ‘MENTERI KARTUN’ GARA-GARA INI

0
336

DATUK Seri Najib Tun Razak menyifatkan anggota Kabinet Pakatan Harapan tidak mempunyai kredibiliti untuk menjalankan tugas dalam pentadbiran negara.

Sasaran utama bekas perdana menteri itu ialah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Apabila Chef Menjadi Menteri Pertahanan, Acara Dwi Tahunan LIMA Menjadi Acara Tahunan

Menteri Pertahanan, Haji Mohamad Sabu dalam satu wawancara bersama TV1 memberitahu dunia bahawa acara LIMA yang diwujudkan sejak tahun 1991 diadakan setiap tahun bukannya setiap 2 tahun sekali seperti lazimnya.

Bagaimana Menteri Pertahanan ingin memberikan info ketenteraan dan ketenteraman awam sekiranya berapa kerap LIMA diadakan pun tidak tahu atau tidak pasti? Sebagai seorang Menteri, Haji Mohamad Sabu perlulah membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat wawancara apatah lagi siaran ini diadakan secara langsung ke seluruh tanah air.

Mungkin sebab inilah LIMA tahun lepas kerajaan BN tidak benarkan ‘uneducated people’ berdebat dalam TV. Kalau tidak tentu Rakyat bagi buku LIMA dekat geng-geng LIMA suku masak. Ini bukannya masalah typo tetapi tidak memiliki info.

Najib tampil bantu kempen BN di Sg Kandis

SG KANDIS l Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini “turun padang” bagi membantu calon BN, Datuk Lokman Noor Adam pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.

Bekas presiden Umno dan pengerusi BN itu tiba di Bilik Gerakan BN N49 Sungai Kandis kira-kira jam 8.50 pagi disambut oleh Pengarah PRK DUN Sungai Kandis yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Lokman.

Najib bersama kepimpinan dan ahli BN kemudiannya bersarapan bersama-sama sebelum dikejutkan dengan sambutan kek hari jadi yang mana beliau dilahirkan pada 23 Julai 1953. Sambutan itu diiringi dengan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’.

Selepas meluangkan masa kira-kira setengah jam di bilik gerakan itu, Najib yang diiringi Mohamad dan Lokman melakukan program Kunjungan Kasih dengan melawat 10 rumah golongan tidak bernasib baik di sekitar Kampung Sungai Kandis.

Tinjauan Malaysiakini mendapati kehadiran Najib masih mendapat sambutan daripada penduduk, walaupun tidak semeriah semasa beliau berada dalam kerajaan suatu ketika dahulu. Penyokong turut mengambil kesempatan bergambar dengan Najib

Mengulas mengenai lawatan itu, Najib berkata sambutan begitu mesra sekali kerana mereka merupakan penyokong BN turun temurun.

“Saya minta supaya semangat dan sokongan mereka dipindah kepada anak mereka dan generasi akan datang supaya menyokong calon BN,” katanya ketika ditemui di hadapan Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis.

Najib berkata, Lokman seorang ahli politik yang amat berwibawa dan mempunyai ilmu yang mendalam ketika beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan khususnya dalam bidang komunikasi.

SUMBER